Thursday, 21 November 2013

Side Effects



2013.

Azlan  termenung.  Merenung  jauh  ke  luar  tingkap.  Memerhati   titis  embun   pagi  meleleh menuruni  tingkap  kaca  apartmentnya. 

Satu hembusan nafas berat dilepaskan.  Hari ini hari Isnin.  Kenapa seperti  ini?  Dia  seharusnya  bersemangat.  Ya !  Semangat. 

Mondays   blue  bak  kata  orang  barat.  Dia  turut  terjebak sama.  Bukan  sekali  dua,  tapi  berkali-kali.  Entah  bagaimana  mula, dia  kurang  pasti. 

Digagahi jua  kakinya melangkah  ke  bilik air  yang  tidak  jauh  dari  tempat  dia  berdiri.  Tuala  dicapai.  Membungkus  diri.  Sambil  itu,  dia  menuju  ke arah  almari  kelabunya.

‘ Herm’.

Azlan  mengurut –urut  janggut  nipisnya.  Memikirkan   baju  mana  yang  hendak  di pakainya.  Sambil  memilih, dia  mengingati  baju  mana  yang telah  dipakai  minggu  lepas.  Takut –takut  terpakai  baju  yang  sama  dengan  minggu  lepas.  Malulah  nanti.  Apa  orang  kata  pula, sudah  tidak  ada  baju  atau  apa.

Itulah  dilema  Azlan  setiap  kali  tiba  hari  yang  pertama  untuk  minggu  yang  baru.  Lagaknya  persis  seorang  perempuan.  Bukanlah  dia  seorang  perfectionist  tapi  kerjayanya  sebagai  seorang  arkitek  menuntut  dia  untuk  sentiasa  tampil  kemas  bergaya.  serta  berkarisma.
 
Usai  bersiap, rutin  paginya  bermula  dengan  mengambil  sarapan  bujang.  Sarapan  bujang? 

Azlan  sendiri  yang  memanggilnya  sarapan  bujang. Secawan  Nescafe  panas  dan juga  beberapa keping  roti  bakar.  Sesuai  sangat  bagi  dirinya  yang  masih  solo  dan  juga  menikmati  sarapan  itu  bersendirian. Cukup  baginya  untuk  mengalas  perut  hingga  tiba  waktu  makan  tengahari.

‘ Hai, nasib  badan’, Azlan  mengeluh  kecil  saat  bersarapan. 

Kadangkala,  kesunyian  terasa  juga  mencengkam  dirinya.  Siapa  dia  untuk  menolak  kehadiran  rasa  itu.  Tapi,  dia  tidak  selemah  itu  untuk  membiarkan  dirinya  terus- terusan  dikuasai  kesunyian.

Mata  diarahkan  ke  pergelangan  tangan.  Melihat  ke arah  jam. Dia  bingkas  bangun.  Mencapai  beg  kerjanya ,  kunci  kereta,  kunci rumah  dan  juga  kotnya.  Ya , hari  ini  hari  Isnin.  Seluruh  warga  kerja  Ocean Stairs  diwajibkan  memakai  kot  pada  hari  ini.  Hanya  hari ini. Dan  juga  waktu  menghadiri  mesyuarat.  Hari  lain, tidak  diwajibkan. 

Sambil  bersiul  kecil, Azlan  memasuki lif.  Tidak  perlu  menekan  aras  mana  kerana  semua  warga  apartment  ini  juga  menuju  ke  aras  yang  sama.  Tempat  mereka  memarkir  kereta.  Semuanya  menuju  ke aras G (Ground) .


Tepat jam 8.30 pagi, dia sudah terpacak didepan pejabatnya. Masih ada setengah jam sebelum tiba waktu bekerja. Kebanyakan rakan sekerjanya akan memanfaatkan waktu begini dengan pergi mengisi perut di kafetaria berdekatan.

Yang perempuan pula, ramai menuju ke toilet. Mengemaskan tudung, memakai bedak, gincu, lip balm eye liner  dan segala apa lagi entah yang mana bagi dia adalah leceh dan merumitkan.

Dia kan lelaki, apa yang dia tahu pasal perempuan. Azlan? Oh, dia biasanya duduk sahaja di mejanya. Bukan workaholic. Tapi dia termenung memandang ke skrin laptopnya. Membaca segala status terkini dari laman facebook dan twitter. Instagram? Tak. Dia tak punya itu. Sebab dia tak suka bergambar dan mengambil gambar.

Azlan. Boleh dikatakan antara pekerja cemerlang dan berwibawa pada syarikat itu. Dia tidak mengejar dateline.  Tidak dihuni tekanan. Kerana dia teliti pada setiap kerjanya dan tidak bertangguh. Oh lagi satu.. dia tidak lokek bertanya dan berkongsi pendapat dari pihak atasan atau sesame pekerja sepertinya bahkan golongan bawahan.

Setiap penghuni syarikat itu banyak memberi jasa kepadanya. Ya, termasuk cleaner sekalipun. Ada juga dia bertanya kepada Uncle kafetaria di bawah, tentang struktur binaan rumah yang diidamkan dan belum lagi pernah dibina oleh mana mana kontraktor.

Hasil dari idea uncle itu dan olahan ideanya yang kritis sendiri, reka bentuk binaannya dua tahun  itu memenangi struktur binaan unik oleh beberapa Syarikat luar. Bangunan berbentuk silinder setinggi 60 tingkat itu kelihatan begitu unik ditambah lagi dengan salutan alloy metalik diluarnya membuatkan bangunan itu tersergam gah ditengah bandaraya Kuala Lumpur yang sesak. Bila malam menjelma, dengan pancaran cahaya, bangunan itu berkilauan. Sungguh mewah !

Pun begitu, dia tidak melupakan jasa uncle dengan membelanja uncle makan di sebuah restoran sebagai tanda penghargaannya walaupun orang tua itu tidak mahu pada awalnya.


“Selamat pagi bos !’’ 

No comments:

Post a Comment