Saturday 25 June 2016

Everything is temporary


Sedalam mana pesona dia pada kau,
Itu bukan yang utama. 

Susah nak aku percaya,
Kerana hati manusia berubah ubah. 

Hari ini dia yang pertama, segalanya.
Esok lusa, kau mulai jelak.

Hati kita,
memang berubah ubah, berbolak balik. 

Saturday 28 November 2015

Tahu?


Cinta. 

Banyak makna.
Ikutlah kau nak pilih yang mana.
Cuma,
Kau perlu tahu,
Tak semua rasa harus aku kata.
Menurut aku,
Kau hanya perlu tahu erti cinta tanpa harus ungkapkan kata cinta. 

*kenyit mata*

Friday 27 November 2015

Beg


Kau nak tahu? 

Dalam beg kerja aku itu,

Ada sekaki payung maroon,
Ada sebatang pen biru,
Ada sepeket nescafe segera,
Ada kepingan syiling berterabur

Tiada krim pelindung matahari,
Tiada losyen wangi,
Tiada bedak padat apatah lagi lipstick ungu.

Yang banyak hanya bungkusan biskut keju.

Jadi,

Kau masih mahu aku? 

*sorok lipbalm*  Hu Hu.

Harap

Dalam hidup ini,
Pasti ada sekali kau tersilap,
Ataupun terpilih jalan gelap.

Adat juga dunia ini,
Sekali tersilap,
Dihakimi dengan hebat,
Seolah mereka memang tepat,
Seperti tiada jalan untuk bertaubat.

Tapi harus kau ingat,

Allah ada untuk jadi pengubat. 
Jadi,

Jangan berhenti berharap. 

Thursday 26 November 2015

Jumaat

Jumaat.

Hari ini hari jumaat,
Jangan buat buat tak ingat,
Muslimim ke muslimat wajib pergi solat,

Nak kena sebat? 

Siapa Suruh





Kerana terlena seketika,
Sekarang berjaga. 
Padan muka.

Ha ha.

Tuesday 24 November 2015

Sawan

Sawan

Masih kau ingat cerita nasi ayam aku tadi?

Nampaknya, 
nasi ayam hanya tinggal angan.

Kerja hari ini lain dari kebiasaan.
Aku hampir nak sawan,
Sikit lagi nak hilang pedoman. 

Aku tinggal kerja dunia untuk tunai kewajipan,
Waktu itu aku terima satu pesanan,

"Nak tapau makanan?"

Beruntungnya aku punya kawan. 
Kawan macam kau yang ada waktu susah dan senang. 

Oh ya,
Kau belum tuntut duit semalam. Mungkin kau nak halalkan. Hehe.