Friday 31 May 2013

Mama #2


Laila duduk bersilang kaki dia atas sofa . Baru 2 minggu dia ada di rumah ,bosannya umpama 2 tahun dia rasa . 

'' Urgh, bosannye !'' Keluh Laila . 

Segera dia capai remote tv dan mula memasangkannya. Dari satu saluran ke satu saluran yang lain , semua tak mampu menarik minatnya . Dia merengus .

Telefon bimbitnya dicapai . Scroll , scroll dan scroll . Notifikasi facebook dilihat . Bosan juga . Tapi notifikasi terakhir itu menarik minatnya. Sedikit . 

' Daun Hijau  wants to be friend with you . Do you know him ? '

Dia tak tahu mengapa . Nama itu cukup unik baginya . Melambak lagi friend request yang di biarkan. 

Buttton confirmed dipilih . 20 saat berlalu . Senarai chat masih bisu .Memang senarai chat hanya sekadar buat-buat ada aje. Buat-buat ramai kawan kononnya . 

Laila bosan . Lantas lambang pangkah hendak ditekannya . Serentak itu juga ...

'' Terima kasih approve '' .. Chat dari Daun Hijau mematikan niatnya . 

'' Terima kasih add '' .. Laila balas .

Adat orang beradab kononnya, dari terima kaseh dan sama- sama , alamat rumah dan segala maklumat diri disingkap satu persatu . Katanya , setakat dalam facebook aja , bahaya abendanya . 

_______________________________

'' Seorang Gadis 14 tahun ditemui mati setelah dua minggu hilang ''

Tajuk akhbar hari itu mengamit perbualan dua beranak. 

'' Laila,tengok ney . Jangan sesenang nak percaya orang . Orang sekarang ney lagi teruk dari binatang tau ''.

''Mama janganlah risau . Laila kan dah besar . Laila tahu jaga diri '' , kata Laila .

'' Mama ingatkan aja. Mama percaya kat anak mama ney '' .

Laila diam .Hatinya sebal sikit dengar mama cakap camtu . 

' Pernah ke mama kisahkan Laila?' gumam dia dalam hati. 

Usai sarapan , mama hilang. Tak nampak ke mana. Biasalah mama , hujung minggu  pon susah nak lekat kat rumah . Itulah beza seorang ketua dan anak buah . Beza antara makan gaji dan menggaji orang. Beza. Sangat .

Laila mengeluh . Dia fikir , mahu mengajak mamanya ke pusat beli belah . Boleh cari barang- barang . Boleh jalan- jalan . Jalan- jalan? Oh, bila kali terakhir dia keluar bersama keluarganya , dia sendiri pon tak ingat. 

Papa? Hujung minggu macam ini , lagi Papa suka duduk di pejabat . Menyemak segala fail yang bertimbun . Siapa cakap seorang bos kerjanya hanya duduk mengarah ? Kata papa , sepercaya macam mana sekali pon dia pada stafnya , dia tetap perlu pantau segala kerja mereka . Manusia kan berubah ? Mungkin sebab itu juga , semua urusan kewangan dicatur penuh teliti . Akaun syarikat dan akaun peribadi papa diasingkan. 

Akaun syarikat diprivatekan . Hanya papa dan pihak bank yang tahu. Mama tak tahu . PA papa tak tahu . Malah , akaun syarikat ada tiga. Untuk back up katanya . Entahlah ,Laila pon kurang faham benda-benda macam ney . Malas ambil tahu . 

Bosan . Facebook dibuka. Dah hampir sebulan dia berkawan dengan manusia Daun Hijau tu. Selama itu juga si Daun Hijau ini yang mengisi waktunya . Dia senang dgn Daun Hijau . Prihatin dan tak pernah mengeluarkan kata-kata kurang baik padanya. Sopan dan teratur aja ayat-ayatnya .

''Awak ,kita dah lama kawan . Tapi masih tak pernah tengok muka awak'' , tegur Laila.

'' Awak nak buat apa gambar saya? Oh ,awak nak guna-gunakan saya eh ? '' , balas Daun Hijau.

Chat berbalas . Hampir dua jam dia melongo depan komputer ribanya. Akhirnya, gambar Daun Hijau diberi . 

'Amboi , hensem benor mamat ney', gumam Laila . Adat orang memberi , pasti ada balasan . Laila turut memberi nombor telefonnya . Mudah katanya nak berhubung . Lagipon , dia ney baik.  LAila turutkan . 

Saturday 25 May 2013


'' Bella , aku pergi jogging sat . Kau nak follow aku ke nak pi makan aje ? '' Message sent .

Lebih kurang gitu lah ayat mesej aku pada Bella . Tak sampai 30 saat , mesej berbalas .

" Aku pi gak . Hang stay situ lama sikit eh ? '' Bella balas . 

Aku seluk poket seluar . Simpan handphone aku yang dah usang ney . Sekejap lagi Bella sampai . Nak jalan-jalan kat tasik katanya . Biarlah , nak amek angin agaknya ...

Aku memulakan langkah , berjoging . Ramai jugak manusia pepetang gini . 2 round , aku stop . Demam pulak kang melebih-lebih joging . Aku amek port tunggu Bella kat tempat orang build up muscle . 

Satu , dua , tiga , arghhh !! tak larat aku ! Berat betul aku ney . Saje aku test power , biar kuat otot tangan hendaknya . Hihihi !!

Lima , empat , tiga , dua , satu . . . Bella kulihat kecik besar kecik besar dari jauh . . Dengan sweater pink dan tudung syria , sudah cukup syarat aku kira kalau dia nak berjogging sama .

Dia lempar senyuman , aku sambut dengan sengihan . Aku suruh dia cuba benda yang aku tgh main tu . Dia angguk dan mula ambil tempat .Satu . . Dua . . 

"Arghh!! haaa,,, tak mau .. berat betoi benda ney ! '' Rungut dia .

Kuikuikui !! Aku gelakkan . Bella , kau tau tak yang berat itu kau , bukan benda tu . Dalam hati aje .  

Aku amek tempat sebelah Bella . Rehat jap , amek angin . Bella sengih-sengih kerang sebelah aku. Aku pandang aja. Entah kena sampuk apa agaknya , fikir aku .

Dia pandang kaki dia . Dari sorot matanya , aku faham yang itu satu arahan untuk aku melihat sama ke arah kaki dia . Aku pandang lama . Mungkin dia dah naik bosan nak tunggu aku berkata-kata .. Lalu dia . . 

" Tengok , ini stokin yang kita pi beli hari tu '' , Bella kata .

Aku diam . 

'' Alhamdulillah Bella '' , aku senyum sambil tepuk bahu dia .

Itu yang dia nak tunjuk aku sebenarnya . Dia dah mula pakai stokin . Mula cuba nak tutup aurat dia dengan lebih sempurna . 

Patut hari tu dia tenung aja kaki aku  . Patutlah hari itu dia kata nak pegi jalan dengan aku . PAtutlah hari tu dia tanya aku macam-macam pasal stokin . PAtutlah hari tu dia suruh aku tolong dia carikan stokin . Masya Allah ! aku yang tak perasan !

Aku gembira Bella . Bagus . Alhamdulillah . Semoga istiqamah hendaknya Bella . Aku jalan sebelah dia yang nampaknya masih malu-malu dengan perubahan dia . 

Sabarlah Bella .. Redha Allah yang kita nak cari , biarkan pandangan orang Bella . Aku selalu ada saat kau perlukan .. Just call me maybe ! Haha !

Semoga kengkawan kita yang lain pun dapat kekuatan untuk tutup aurat yang selalu kita terlepas pandang tu .

Rasa tak layak nak cakap macam itu , tapi apa salahnya mencuba .Dakwah kecil , mungkin . 

P/S : Korang , Jom kita tutup kaki kita yang comel tu .. Simpan dari kena api yang panas tu . Jom ! :)

Friday 24 May 2013

Impian jadi kenyataan


Setelah hampir dua bulan aku pung pang pung pang tentang bisnes dan segala yang lebih kurang halal dengannya , akhirnya baru sekarang aku merasa lebih berani dan yakin untuk menaip entry tentangnya . (Poyo kan ? )

Aku bukan budak jurusan perniagaan atau yang seumpama dengannya , tapi aku merasa yang aku perlu belajar serba sedikit tentang selok belok bisnes ney. Cara pengurusan kewangan adalaah topik paling aku suka . 

Tapi bukan itu yang aku nak cerita . Tapi , cara menjadikan impian satu kenyataan . Okay, benda alah ini adalah sangat subektif untuk dinilai . Semua orang ada cara yang tersendiri untuk memastikan target mereka tercapai .

Aku bagi contoh lar eh biar senang nak paham . 

Aku memasang impian untuk memiliki sebuah kereta . ( Ayat skema benor ney ) .
Jadi perkara pertama yang aku buat ialah - Berangan  !

Sesudah aku berangan , maka aku mula cari tahu tentang kereta yang boleh aku pakai . Setelah diselidik , ternyata aku tidak mampu nak pakai kereta mewah atau sporty . Jadi perkara kedua perlu aku buat - Sedar diri !  Jadi kereta yang mampu aku beli (setelah cukup duit nanti ) adalah sebijik Perodua Viva. Kerana aku malas , jadi auto adalah pilihan ! :)

Ketiga, aku perlu simpan duit. Kalau takde duit , nak beli guna apa ? Duit mak ayah ? Aduhai , segan siot nak mintak diorang . Kan aku yang nak guna . . Jadi aku perlu membuat kira-kira ! Sebagai contoh :

Harga Viva Auto Elite 1000cc  : RM 40,874 .30

RM 40,874 .30 bahagi dgn 36 bulan ( target aku dlm 3 tahun menyimpan ) = RM 1135.40 

RM 1135.40  adalah jumlah yg perlu aku simpan dlm sebulan. Untuk jadikan lebih realistik dan menyemangatkan lagi , jumlah sebulan itu aku bahagi lagi dengan 30.

RM 1135.40  bahagi 30 (sebulan ada 30 hari kan ) = RM 37.85 

Maka dalam sehari aku perlu kumpul RM 37.85 . 

Nampak ? Lebih realistik kan  dan membuat aku merasa boleh untuk ada kereta dalam masa tiga tahun. Jadi yang penting disini ialah , realistik ! make sure korang punya impian itu realistik dgn diri korang . Faham ?

Jadi , secara ringkasnya adalah :

1. Pasang impian
    2. Ikut kemampuan
3. Cari maklumat
              4. Mula membuat kira-kira 
                 5. Menyimpan dgn konsisten

Step 4 adalah step yg sangat penting . Make sure korang punya kira-kira itu sangat realistik supaya korang rasa senang dan tak terbeban . Fahamkan ?

Jadi, lepas ney tak payah nak ngengada mintak mak ayah kalau nak beli benda-benda . Usaha sendiri . Dan ini akan mematangkan korang. (lain cerita kalau kau ini anak orang berada ) 

Sebab aku tak suka hidup di support , jadi aku senang kalau segala benda yang aku nak datang dari usaha aku sndiri . Biar perit , asal aku usaha sendiri . 

Korang bolehlah try teknik ney kalau nak beli benda yang agak mahal lepas ney . Semoga berguna lah entry kali ini . :) 

P/S : Doakan aku dapat kumpul duit nak beli kereta tau ! 




"Semua sekali RM 67.80 ''

Aku capai barang dan mengatur langkah, berjalan.

Bella yang jalan di sebelah tegur:

" Aku tak pueh hati kalau jadi hang. Barang hang sikit nak mampuih dari aku tapi awat mahai sangat?''

Bella tenung  plastik aku yang hanya ada lima benda aja. Berbanding dia yang jinjit empat plastik penuh tapi harga kami lebih kurang aja.

Aku senyum. Tak cakap apa-apa. Sebab aku pun memang tak tahu kenapa.

Bella terus membebel masa aku simpan barang dalam beg. Dalam pada dia dok membebel, aku capai dua beg  plastik dia dan berjalan menonong membelakangi dia.Kasihan pula. 

Dia mengikuti aku dan memegang lengan aku sambil berjalan.

'Manja jugak kau ney Bella', desis aku dalam hati.

Wednesday 1 May 2013

Mama (1)

Ehem.. Assalamualaikum dan Hai Semua :) [Lagi sekali pembukaan entry yg poyo]

_____________________________________________________________________

Laila tenung nasi bungkus atas meja. 
Keluhan kecil dilepaskan. Sejak dia duduk dirumah, boleh dibilang berapa kali mama nya memegang senduk ,kuali serta sudip utk memasak sesuatu untuknya.

Selama ini dia duduk diasrama. Jadi dia tidak pernah tahu pun yg selama ini papanya hanya makan seorang diri di warung,restoran atau gerai.

Bunyi kereta menderam di garaj depan. 

'Mama balik',getus Laila. Dia meluru ke pintu, menyambut mama yang tercinta.

Mama dengan muka letih dan lesu masuk ke dalam rumah. 

''Laila dah makan?''
''Dah ma. Banyak kerja ke mama?''

Mama hanya mengangguk. Laila sdg suba mencuri masa mamanya utk dia berceloteh seperti dulu.

''Mama........"

"Mama naik dulu ya sayang. Mama letih sangat. Goodnyte honey''. Satu kucupan hinggap didahi Laila.

Laila diam. Mama letih. Ya,mama letih. Aku perlu faham itu.

Laila masuk ke dapur. Merenung kek cawan yang dibuat untuk mamanya. Muffin perisa red velvet kesukaan mama. 

'Takpelah. Esok pagi-pagi aku bagi mama rasa'. LAila pujuk hati.

Papanya tidak pulang ke rumah hari ini. Katanya ke luar negeri atas urusan kerja. 

Laila periksa pintu dan tingkap. Lampu ditutup. Dia menuju ke biliknya.

__________________________________________________________________

Awal pagi LAila bangun. Dia hidangkan mamanya secawan nescafe panas dan semestinya red velvet ! LAila senyum. 

'NAnti masa mama breakfast,bolehlah aku bercerita.' LAila girang.

MAma turun. Sedikit tergesa-gesa.

"Mama, marilah breakfast sama. LAila ada buat sarapan sikit.''

"Honey, sori. Mama ada urgent meeting pulak pagi ney. Mama kena pergi dah ney. Mama sayang Laila. TAke care dear"

Mama menuju ke kereta.

LAila toleh ke arah meja. MEmandang red velvet mama.Laila gapai satu.

"Mama!" Laung LAila. MAma baru hendak menutup pintu kereta.

''Kalau camtu, mama bawaklah ney. Boleh makan masa drive.U need energy right?''

Mama senyum. Lalu diambil red velvet itu. Dimakan depan Laila.

"Erm,sedap. Mana Laila beli?", mama tanya.

"Laila buat semalam''. Perlahan aja dia jawab.

''Seriously? Okay,lepas ney mama order kt Laila aje. Thanks sayang. Mama pergi dulu"

Laila iringi mamanya dengan doa dan sorotan mata.  Dia senyum bahagia. Mamanya puji red velvet dia. Dia senang, Bukan kerana dipuji. Dia puas. Mama makan juga akhirnya red velvet itu. 

Dia pandang kesan melepuh terkena oven semalam. Pedih masih terasa. Tapi segera hilang pabila teringat mamanya menyuap red velvet ke dalam mulut.

_________________________________________________________________

Okay, iAllah, ini ada sambungan. Sekarang, aku nak off sebab... err... sebab aku nak off larr. 

Selamat Malam. :) 

Oh,jangan lupa baca doa tidur dan tidurlah dengan rusuk kanan dibawah. 
(Nabi kita amalkan ini. JAdi mari kita buat juga)