Thursday 26 December 2013

Jumaat terakhir, apa salahku?? :(


Assalamualaikum :*

Hai, haloo , anyeongg !!

Ini adalah jumaat terakhir untuk  2013. dann..hey hey 2014 !

Oh maii oh maiii!! O.O!

Maknanya, lepas ney dah takde angke 1 kat depan, hanya ada angka 2.. ah, layannn~ 

Dan sempena hari jumaat yang terakhir ney, marilah kite mengipas   mengimbas kembali perjalanan penuh liku hidup bergelar sweet 19. 

Adakah 2013 tahun paling banyak kita buat jahat? Atau  tahun paling feymes diri anda? Atau tahun penghijrahan anda dari Ulu Selangor ke United States? Atau tahun dimana crush anda sudah berjaya ditawan? Atau tahun anda menjadi kaya raya? 



Atau tahun  ini tahun adalah tahun penghijrahan anda ke arah mendekati  Maha Esa? Yang terakhir ini, aku ucapkan syabas and mabruk alaikum kepada sesiapa yg telah memilih jalan ini ataupun yg memasang azam utk ke arah ini  pada 2014. 

Aku sendiri, masih perlu ..dan sangat banyak lagi yg perlu dilakukan utk mendekatkan diri yang comel   hina ney kepada Penciptaku Yang Maha Agung. :(

Bercerita pasal tidur , mesti tahu kan yang tidur lepas subuh tu tidur yg keji dan tidur lepas asar pulak tidur yg paling keji.. tau? tak tau? takpe, meh ceq habaq maii naa..

Tidur lepas subuh dikatakan menutup pintu rezeki yg sedang terbuka luas. Kalau hangpa tak percaya, ceq nak habaq maii satu ceghita .. hangpa dok pasang tlinga bebetoii naa..

Pada satu hari ,Faeizah (bukan nama samaran) , mengalami ngantuk yg kritikal waktu subuh.. Digagahi jua membukak bijik mata ney solat subuh. kalau tak maken menimbun dosa yg mmg dah tinggi cam gunung, katanya dalam hati. 

Solatnya agak laju pagi tu,, dan mathurat juga diskipnya dek terlalu mamaii.. lepas habes bg salam, bukak telekung, gulung2 dan letak tepi sejadah, dia sambung tarik selimut.. kononya, nak baring baring aje.  nah! amek kau.. 9.30 baru nak sedorrr!! 

Lepas mandi, dia keluar utk mengisi perut. Di kedai, dia pilih lauk. Saat nak bayar.. plupp! sekali kuah kari daa tumpah dan terpercik kat baju dia. Faeizah pandang kardigannya dan ke arah anney *panggilan utk aunty india * 

'Takpe faeizah, sabar, sabar..anneyy tuh.' Dia bertenang. Sambil tersenyum ,dia pergi . Singgah jap kat kedai laen, pi beli air sunquick. 

Saat syok syok makan ayam masak merah, tetibe... Splassshhh!! Aigoooo!! T___T''' 

'my sunquick!! ' keluh Faeizah. Dia melihat lantai biliknya yang kini beraroma sunquick dek kerana air yang tumpah. Dah kena lap pulakkk .. -_-''

Faeizah diam. Apehal lah jumaat ney serba tak kena. Kena kari, air tumpah.. haihh..dia mengeluh. Pastu baru dia teringat.. ini mungkin teguran Tuhan. Nak tunjukkan dia yg tidor lepas subuh tu mmg tak baik .. dan tutup rezeki jugak.. kan dah tak dapat minum sunquick!! wuuuwuuu~~ :(

-Kisah tamat-

Hah, hangpa dah baca tu.. tak elok tidor lepas subuh ngan after asar.. lepas asar lak nnt gila kalau tidur 30 hari bertutur  berturut- turut. Ceq habaq ney, ceq dah tak pernah tidur lepas asar.. lepas subuh tu..ehehehe!! :D kekadang ceq terbabas gak.. haha! 

Apepon salam jumaat..dan marilah kita sesama mengambil barakah hari jumaat yg hening ney ! :*

Thursday 19 December 2013

Sang ratu. sang puteri dan biji kopi


Wallu waluuu!! Anyeong !

Hah! tahu arini hari ape?
Hari ney hari kamis ah, esok jumaat. haha! XD

Hari ney, aku dah berjaya masuk masterchef yg di adakan julung kalinya di kediaman Datuk Encik bapakku~

Hari ney ,aku terpiker piker, alangkah indahnya kalau hari mendung nan sejuk ney dihangatkan dengan api dari dapur.
Dah nak merry kismis kismes ney, cuaca berubah mendadak. Sejuk bak atlantik !

Sambil tonton Bollywood, sambil tatap si kacak Shah Rukh Khan dan badan ketol ketol nya, kepala hotak aku ligat memikirkan menu apa yg sesuai dikala cuaca sebegini~

Jadi setelah penat piker sambil ulang alik pergi dapur , buang  buat air, at last, marilah kita memasak mushroom soup berserta suaminya, Mr. garlic bread.

Sangat simple dan gampang dong mau dibuat. U better try bro ! Rasanya sama mcm kat Faeizah Pizza Hut. iniiii ...serious !

Okay cukuplah cerita kepakaran dan kelincahan aku di dapur :3
Resepi? Alah, pi tanya pakcik Google, mesti dia btaw punye, siap dgn caranya skali. Ye,aku janji dia btaw.

Sekarang mari kita bercerita dongeng.

 Nak yg mana? semua single pringle ! ~

Okay, kalau hang terer, hg cer teka hok mano so aku nak jadikan model..

Bukan bukan ! Aku nak yg kasot pink tu, nampak? :D

Kecik ke gambar dia? okay kita amek yg besaq gedegak sikit.

 Okay tak? Lah maseh tak dapat klu ke? Berat nanang ginih !

Okay klunya, dia rumet aku. Hah! Yes ,correcto !!
That light brown tudung and shirt.
Nak no? Okay,nnt aku bg no surat beranak dia kay~

Hari ney khamis, dan besok hari yg sebenarnya !
Hari dimana budak tu laher, harhahrhahr !

We have being in the same room, or in such klishe words, we are  roomate ! jyeahh !
Almost for two years and in sha Allah, for the whole 3 years we will still be roomate yg paling hot lagi gojes serta paling bising di asrama ! Kan Fini? ;)

Maka esok ,sang ratu paling kejam abad ini akan bebas setelah hampir satu abad terseksa dalam sihir nenek tempayan  kebayan .

Nenek kebayan tu pernah kata, sumpahan itu bakal berakhir hanya setelah usia sang ratu mencecah 19 tahun,dan juga hanya dengan kehadiran sang puteri nanti.

Tak sangka, 19 tahun dah esok, macam angin sepoi sepoi  bangsa   bahasa aje berlalu.

Selama 18 tahun 11 bulan tu, sang ratu hanya berbaring ,merenung siling dan berfesbuk. Hanya itu sahaja dia mampu. Yg laen nya, diuruskan oleh sang dayang yg sgt baik hati.

Disebabkan sang ratu sgt teringin nak makan daging masak black pepper, maka sang dayang pergi ke pinggir hutan rimba mencari pokok black pepper demi sang ratu yg dijaga selama ini. Apalah sgt setakat daging black pepper kalau nak dibandingkan pergi jolok epal kat malaysia ney.. 

Utk meraikan kebebasan sang ratu esok, maka sang dayang membuat kerja lebih masa dgn membasuh lantai  serta  membasuh   menghias sang ratu. sikit lip balm dan eyeliner dikenakan,biar nampak catchy gituu !!

Maka,tiba waktu dinantikan. setelah selesai acara makan besar, acara pemulihan sang ratu dinanti penuh hiba.

siapakah gerangan sang puteri yg terpilih itu. Lalu satu demi satu dayang senandung datang mengunting rambut sang ratu.
Syaratnya, jika org itu adalah sang puteri yg dicari, maka rambut itu akan berubah menjadi biji kopi setelah digunting.

Hampir kesemua dayang telah mengguntung rambut sang ratu,namun hasilnya sama. rambut tetap rambut. Tiada biji kopi.
sang ratu menangis mengenangkan  rambutnya yg dijaga rapi dengan dove,kini hampir mencecah leher.Semakin pendek !

Tuk tuk tuk !!

'' Assalamualaikum ! Oii tuan rumah ..!!''

Satu suara terdengar berteriak diluar. Potong stim betul.

Dayang keluar.

'' Mau apa kau ke mari?''

" Maaf, tapi bolehkan hamba menumpang kamar mandi? hamba ada hajat yg lama ditahan dan disimpan "

seorang gadis tinggi sedang sedang turun dari skuternya. entah kenapa dia ke hutan dengan skuter. kurang pasti.

Setelah selesai, dia berjumpa sang dayang utk menanyakan perayaan apakah yg sedang disambut disini.
Dia mengangguk faham setelah semuanya diceritakan oleh sang dayang.

Gadis skuter datang menghampiri dan mahu membantu. Sang ratu berkata bahawa ini adalah guntingan terakhir. mereka akur.

Setelah digunting, rambut itu digenggam kemas sambil tangannya dihayunkan kekiri ke kanan. Semua mata terarah pada gadis itu. dengan genggaman yg sengaja dibuka perlahan, ternyata hasilnya mengejutkan ramai orang. Rambut menjadi biji kopi !

Serta merta sang ratu berdiri dek kerana terlalu terkejut. Semua yang ada turut terkejut. Sang ratu telah bebas! sang ratu sudah boleh bangun dan menjadi normal kembali .

Ternyata,gadis skuter itu lah sang puteri yg dicari cari. Gadis skuter itu djamu dgn hidangan nasi hujan panas dan juga daging black pepper. Sang ratu memintanya utk terus tinggal bersamanya.

Namun sang puteri menolak dgn baik pelawaan itu. Mana mungkin dia meninggalkan dunia internet tanpa sempadan ..

pun begitu, dia berjanji akan datang lagi walau entah bila lagi.

dia berlalu pergi. sambil dalam perjalanan, dia tersenyum. cebisan rambut itu dikeluarkan dari poket jaketnya bersama beberapa biji kopi. Bukan rambut bertukar menjadi biji kopi, tetapi dia yg menukarnya sendiri.

Dia hanya mahu sang ratu percaya akan dirinya sendiri.Sambil tersenyum, dia mengomel sendirian:

'Hai, ada lagi yg percaya cerita camney zaman canggih cenggini '

Maka , cerita ini telah lama berlalu , sang ratu berkahwin dan mempunyai keluarga besar. Dan salah satu warisan itu, adalah beliau, rumetku. :D

Esok besday yg ke 19, sama macam nenek moyang dia dulu, kali ke 19 adalah yg keramat. Mungkin ada si putera datang meminang?? ^_^

Apepon ,hepi besaqday rumet. thanx jadi rumet . moga semuanya awesome. moga murah rezeki . moga dan moga serta semoga, diberkati dunia akhirat ! hadiah,claim nanti. hehe!!

ney ade hadiah sikit :

 i beli hutang ney. nnt tiap bulan tolak 5 hengget duet elaun. ok, tatataaa!!

Saturday 7 December 2013

Ceghita KG. Baru

Lets Eat ! :)

December 8, 2013 at 8:41am
Wallu waluuu~

Semalam punya ceghita. Tak mau simpan lelama cite ney, cepat basi.Kehkeh! :D

Semalam, makan malam, MLT limited edition aje, tempat agak jauh and menyayat hati nak pergi dari PPUM ney-Kg.Baru.

Ape name dia? Ntah . . Masa tgh berjalan nak sampai ke tmpt makan tu, dari jauh dah nampak dah lampu lip lap lip lap . Aku dah gumbira mcm kekanak dpt gegula. hehe! Wonderful ! Perfect ! Dalam  hati.

Tapi,.. eh eh ! Kenapa diorg tak masuk pon restoran ney. Aku agak tercengang cengang cam rusa. Aku teroih tanya leader makan malam laa tu jugak..

''Awat tak masuk.."

"Ceq pon x taw kedai mana kita sume nak pii.. ceq taw kedai tu ada kapai aja.. (kapal) ''

Haa..bukan kedai ney ke.. dah la cantik, romantik pulak tu..aww aww.. haha! ku keciwa dan hampa. Biaq pii lah! Sadis. Lalu aje dpn kedai tu. T___T

Jalan punya jalan punya jalan, sampai aku dah x hirau ntah jalan mana depa bawak aku, akhirnya sebuah kapal muncul di tengah bandar ! Ahaah!! tu dia !! tu dia !!

Aik ! ney kapal selam ke kapal korek? Ah! biaq pii lah! Aku da lapaw ney. Leader tadi duk sebelah aku. Hang taw dia kata apa?

" Ceq egt kapai titanic . Baru nak romantik romantik. Cess ! Ney kapai nak tenggelam dah ney "

Haha! Banyak kau punya titanic tgh KL ney !

Fish n chip ke beef steak? Hurm..wallah wallah ! Fish n chip ajelah memandangkan hari dah nak malam.

First bite. Biasa aje. Second bite. Aku calit sikit sour cream dia. Kunyah pepelan, konon nak amek mood. Sentap !

Pergh pergh perghhhh!! mabelessss !! sour cream dia kok enak benaran ! Aku dah jumpa dah campuran enak utk makan kebenda ney,,dan babaiii kawan.. aku tenggelam antara fish n chips dan jugak sour cream. Haha!

Sedap ya ampunnn! :D  Biarlah tak romantik, asal masuk mulut lagi sweet rasenye~ kehkehkeh!!




Thursday 5 December 2013

Side Effects Part 2


Kedengaran suara  memberi salam selamat pagi kepada  Datuk Sri Taiyuddin ,pemilik,pengusaha dan pentadbir tertinggi syarikat ini , menandakan beliau sudah tiba.

Datuk Sri, atau lebih mesra disapa Tuan Haji oleh kakitangan disitu ialah seorang ketua yang sangat berdedikasi. Beliau  menerapkan unsur kekeluargaan kepada staf staf disitu.  Mereka semua sangat mesra disamping saling menghormati antara satu sama lain.

 Beliau juga turut menerapkan suasana kerja yang flexible dan berunsurkan islam. Tuan Haji sendiri juga selalu menjadi imam kepada anak anak buahnya dikala waktu zohor tiba. Dan disebabkan itu juga, kakitangan disitu amat menghormati beliau  yang tidak pernah memandang rendah kepada keupayaan masing masing serta bersikap terbuka dalam pelbagai aspek.

“ Azlan, masuk bilik saya kejap “, suara Tuan Haji kedengaran dari corong intercom.

Azlan lantas bergerak meninggalkan mejanya menuju ke  ruangan Tuan Haji.

Tuk! Tuk !TUk !

Pintu diketuk. Selangg beberapa saat, pintu dikuak dan Azlan dijemput masuk dan duduk disofa, berhadapan dengan Tuan Haji.

‘’Ye tuan ‘’, Azlan memecah suasana.

“ Begini Azlan, semalam saya ada dapat call dari satu syarikat. Ini berkaitan dengan kejayaan awak hari tu.
Azlan berkerut. Cuba menghadam butir butir ayat Tuan Haji.

“Err...maksuad Tuan? Saya kurang jelas,” Azlan menayang gigi.

Tuan Haji tersenyum lalu membetulkan posisi duduknya.

“ Haha! Kamu ney.. Macam ney.. berhubung dengan kejayaan kamu hari tu, Syarikat luar dari Korea mahu mendapatkan perkhidmatan kamu. Mereka mengagumi hasil rekaan kamu tu. Jadi mereka mau saya berbincang dengan kamu mengenai ney.. Tapi...” Tuan Haji mengurut janggut putihnya.

“Awak perlu kesana. MUngkin akan mengambil masa agak lama untuk berada disana, menyiapkan segala kerja..Sebab itu saya panggil kamu berbincang disini. Menurut saya, ini satu peluang emas untuk kamu. Disana, kamu akan ditempatkan bersama arkitek dan jurutera bertaraf dunia. Mungkin ada sesuatu berharga dari sana bakal kamu peroleh. Sambil menyelam minum air, betul kan ?’’

Azlan diam. Tuan Haji merenung.

“Err,awak tak perlu bagi keputusan sekara...’’

“Kalau baik menurut Tuan, saya turutkan aje. “ Azlan bersuara, seiring dengan keputusannya.

Tuan Haji tersenyum. Budak ini memang sukar dimengerti. Tampak sukar diruntuhkan tembok dirinya tapi dalam hati hanya Tuhan sahaja yang mengerti..

“ Kalau macam itu kata kamu, bersiaplah apa yang patut. Jangan risau, segala keperluan kamu sepanjang disana akan diuruskan oleh pihak mereka. Tarikh rasmi kamu kesana akan dicapai dan saya akan beritahu secepatnya...”


Azlan mengangguk faham. Dia lantas meminta diri. Ada banyak urusan lagi yang menanti. Tentang ibu bapanya, jangan khuatir. Orang tuanya sentiasa terbuka dan memandang positif segala benda. Jadi, tidak sukar untuk Azlan mengertikan mereka tentang pemergiannya yang agak lama kali ini.

 Mungkin setahun, dua tahun..? Dia sendiri kurang pasti.. Hanya menurut kata hati.


************************************************************************

Februari 2014.

Sudah lapan bulan Azlan disini. Di kota Seoul penuh warna warni. Dan dia juga semakin serasi dengan budaya orang disini. Makanan, tempat, bahasa segalanya masih dalam proses mengadaptasi, tapi dia yakin dia boleh hadapi.

Segalanya berlainan sekali dengan Kuala Lumpur meskipun pada dasarnya keduanya seolah sama, keduanya juga kota, keduanya juga sibuk. Tapi di Seoul,jauh lebih tenteram. Tidak pula dihimpit asap kenderaan, kesesakan lalu lintas dan paling penting, seluruh warga disana bahkan di Korea ini juga sangatlah berdisiplin.

Bukan dia mahu memenangkan Negara lain dan memburukkan Negara sendiri. Tapi ini semua terbukti. Negara ini kurang jenayah, Negara ini Negara bersih.

Rakyatnya sangat mematuhi undang undang kerajaan. Tiada sampah. Tiada yang melanggar undang undang dan mereka memelihara alam sekitar. Mereka semua meskipun berkot dan berblazer, tidak asing bagi mereka berbasikal ke tempat kerja. Ini semua rutin hidup mereka. Dan Azlan sendiri, sangat kagum dengan Negara ini.


“ naleul geuliwo habnidaman .. i neun eolmainga? (maafkan saya cik..berapa harga ney?)”

“oh .. i.. 5000 won seonsaengnim eu.. ( oh,ini harganya 5000 won encik)

geugeos-eun mueos-ibnikka? geu hu , naneun geugeosui hanaleul eodeul geosida ..(Oh yeke? Kalau macam tu,saya beli satu..)

Azlan berhenti ditepi kedai kecil, membeli sarung tangan untuk menghangatkan tangannya. Sekarang musim bunga, meskipun begitu, cuaca disini tetap aje sejuk.

5000 won bersamaan dengan RM15 di Malaysia. Tidaklah terlalu mahal disini.