Wednesday 24 July 2013

I miss You, Puteri Liyana !



Fara capai phone. Membelek-belek laman whatsapp. Scroll..scroll..dan scroll..

Satu nama yang tak asing dalam laman itu dipilih. Adeanna. Perlu bagi dia mengwassap kawannnya itu.

Adeanna. Hurm. Kalau kau tak kenal dia, u better back off dude. Kau takkan sangka dia itu penuh dgn kata pujangga.

Fara  menghambur semua rasa yang terbuku dalam hati. Dia bukannya sengaja nak membebankan lagi kawannya itu. Tapi, kali ini, dia perlu. Harus ! Hanya Adeanna yang faham dan pandai memujuk dia.

Selesai berwassap,Fara tarik selimut dan perlu untuk dia tidur sebentar. Cop ! Sebentar? Yeke? Papelah !

Dalam kepala ada satu lagi nama yang tak asing jugk, cuma berlainan kos dgnnya. Puteri Liyana.

'I miss You ' , lemah Fara bertutur. Sekali lagi, phone dicapai dan file image dibuka. Mencari-cari imej Puteri Liyana. Jumpa !

Tenung dan membisu. Dia memang rindukan Liyana. Lama tak berjumpa.

Entahlah, macammana mula ..tak tahu. Bagi Fara, Liyana pemberi semangat . Liyana menceriakan hari-harinya.

Kalau terlihat saja kelibat Liyana, senyuman terus terhias. Entah apa yang ada pada gadis tu. Dia pon tak faham.

Yang dia tahu, Liyana harus dia temui. Harus ! Lenanya ditemani Liyana dalam mimpi.

Bahagianya dalam mimpi. Fara tak mahu bangkit. Belum . Bukan sekarang.



Wednesday 17 July 2013

Pantang larang saya !



Hiphip! ( Lompat bintang) Tetibe aje~

Ok, sebelom apa-apa, marilah kita bersoal jawab kejap . Aku nak Tanya engkorang ney, apsal Pokcik Google sekarang makin sewel haa?

Punyelah payah aku nak bukak blog sendiri. KAlau aku sorang takpe, tapi kengkawan blog aku pon kate gitu gak. AKu ingat aku aje kena. So, any resolutions? (Sekarang bukak guna Internet Explorer)

Sumpah tak best dan tak grand serta tak up to date betol web satu nih ! Skema lak tuh ! Hemph !

Nanti kalau tahu, bolehlah ceghita kat aku kenapa ngn google ney ea..

Kali ini aku nak ceghita pasal pantang larang yang aku sendiri pon kengkadang tak paham ! Peningggg makkk !!

Aku paling pantang bila . . .

  • Tak punctual ! Oh maaii gard! Ini paleng aku takleh nak hadam. Tak boleh weh !

  • Cakap tak serupa bikin. Cakap aja lebih buat ape kan.. Ergh !

  • Suka kondem orang. Depan2 pulak tuh. adoiiyaii. Ade weh sorang due kat batch aku sekarang. Itu tak bagus. Sila removed cecepat ye kawan . Belajar utk terima pendapat orang dan belajar utk tolak pendapat org dgn berhemah !

  • Asap rokok ! Pantang yang amat ney ! Aku tak kesah hangpa nak smoking ke hape ,tapi jejauh siket please. Hidung aku sensitive kat bau yang satu ney . Nasib baik dalam family aku, xde sorang pon yang smoking. Horeyy ! Tepuk tangan untuk ayah ngn abang !

  • Orang pengotor ! eii .. selekeh ! Pembersih dengan pengemas lain tau. Jadi kat sini aku bercerita pasal pembersih. Aku fahamlah kengkadang, ada masanya buku kita berselerak, cadar katil tak tegang , meja study berhabuk. Ada masanya ok. BUkan setiap masa.


           Orang pembersih ney, selalunya dia akan jaga kebersihan dari segi makan pakai.Takdelah dibiar cawan kotor kat sinki , almari berselerak, buang sampah merata. Lain pulak dgn pengemas. Pengemas ney kalau boleh nak sumenya perfect ! teratur lagi beratur !Ish! aku xdelah sampai tahap tu. Paling penting bersih !
 
Cerita pasal bersih ney.. hikhikhik ! (Ketawa sopan ) Teringat aku suatu ketika dimana aku memang sangat jaga hal yang satu ney. Sangat ok, sampai mak aku pon pening. Hihi ! Ceritanya...
 
Sejak aku kecik ,mak ayah aku didik aku supaya bersih dan kemas. Tapi aku yang terlebih hadam erti bersih dan kemas tu.
 
Aku akan iron semua baju aku, termasuk baju tidur dan baju harian. Ala, yang baju buat pakai kat rumah tu je haa.. Haa, pelik kan, memang aku kena iron. .seluar baju, kain.. sumelah ! Kalau ada kedut sikit pon ,aku iron. Kalau tak, aku tak pakai !
 
Pastu, katil aku rasenya berlapis-lapis jugak cadar aku bubuh ! Hihi ! memang mak aku bengang aje ngn aku time tuh ! Kalau nak tido tu, aku pon tak terkira berapa kali aku kebas-kebas cadar ngn selimut. Pastu aku baring. Kendian bangun balik. Carik cadar lain, buat lapik . Baru rasa bersih dan selesa nak tidur. Cadar jangan cakaplah, hari-hari aku basuh.
 
Kengkadang, dalam satu hari tu dekat 5 kali gak aku sapu lantai rumah. Pantang betul aku Nampak habuk merata !
 
KAlau aku dah guna cawan tu (masa kat rumah) , itulah cawan aku sampai bila-bila ! jangan ada sesiapa pon berani nak guna ! Yang ney pon lawak. AKu ingat lagi masa tu.. aku nanges  sebab adek aku guna cawan aku. PAstu aku geli dah nak guna. Terus cari cawan baru.
 
 
Pelik kan? Aku pon pelik. Tapi sekarang aku dah okay sikit dah. Ney sume gara-gara duduk asrama ! Manelah sempat nak iron bagai baju. Jadi sekarang, baju tidur dgn baju harian aku dah tak iron dah. Cume baju aku nak keluar ( kelas dan jenjalan ) aje yang wajib iron.
 
 
Tapi bab sapu menyapu ney, maaflah, sampai sekarang aku takleh nak buang. Mesti sapu bilik hari-hari ! wajib ! nanti banyak habuk ! Untung aje rumet paham .HIhi !
 
Ok, kesimpulannya ..selamat menjalani ibadah puasa dan ingat ye , berpada-pada masa buka nanti ! Supaya tak senak perut tu. Hee.. ~ (Ending yang lari dari tajuk )
 
 

Thursday 11 July 2013

Mana satu kita ney?








Ya Allah, peliharalah iman aku. Tetapkan iman aku. Bantu aku untuk pelihara maruah diri aku. Bantu aku Allah. Aku ini insan yang lemah. Hanya Kau yang Maha Hebat .




KAdang-kadang kita tak sedar , yang percakapan kita, perbuatan kita , niat kita pon , terkadang tersasar dari landasan yang betul. Kita tak sedar. Takut-takut , kita dah lari dari apa yang sepatotnya.

Takut-takut, kita pergi surau, sebab nak tunjukkan orang yang kita ney rajen ke surau even niat asal kita mmg nak beribadah. 

Takut-takut , bile kita pergi surau, atau semayang sunat banyak sikit dari orang, terdetik dalam hati kita yang kita ini bagus dan baik even pada asalnya memag kita dah pasang niat nak semayang sunat.

KAdang-kadang, memang kita tak sedar semua ini . Terkadang terdetik dalam hati kita, ' Bilalah diorang ney nak pergi teraweh, bile diorang nak start berpada bila berbuka, bila diorang nak semayang awal waktu '

KAdang-kadang, kita bukan nak meninggi diri atau seumpamanya , tapi bila dah terdetik yang kita lebih bagus dari orang, itu kena lihat balik diri dan bermuhasabah. Itu yang kita takutkan sebenarnya.

' Mulia di mata manusia, tetapi Hina di mata ALLAH'  Nauzubillah. Wallahualam.

Wednesday 10 July 2013

Akak Kite Dah Kawen ! !



' Aku nikahkan akan dikau Si Polan bin Si Polan dengan pasangannya, Si Polan Binti Si Polan dengan mas kahwinnya _________ Ringgit, tunaiiii .. Sah ? '

'Sah !! '

Alhamdulillah .. selamat sudah  ijab kabul kakak aku dengan hubbynya- Abang Zek . Welcome to our family abang Zek ! jangan sesegan yek~ :p

7.7.13 

Kenapa tarikh tu? Maaf eden tak tanya pulak. Yang pasti adalah makna bagi diorang berdua. Cerita pasal diorang ney..Haa .. Its quite interesting bagi aku . .

Diorang saling tak kenal sebelum ini. Nak dipendekkan cerita , Abang Zek datang jumpa family kami dan melamar akak. 

Adatlah kan kita tak kenal orang, takkan nak sesenang terima.. ye dakk?? Lepas beberapa kali usaha beliau tak memberikan hasil, akhirnya pada satu hari yang hening di mana hari aku hendak balek semula ke KL, Abg Zek datang lagi dengan niat yang sama. 

Mungkin dah ditakdirkan ini jodoh mereka, akak kata, yes ! Saya terima !
Mak ayah aku kata, diorang tak kesah, terpulang pada akak aku. Ini keputusan untuk hidup beliau, bukan aku, bukan jugak nenek aku. 

Lepas dah terima, diorang pilih tarikh pertunangan dan segala hal yang bersangkut paut dengannya. 

Kronologi perkenalan diorang cenggini haa ...

Merisik (3 minggu)  --> Bertunang (sebulan) --> Nikah

Nampak? Sekejap gila dan singkat yang amat perkenalan diorang. Kalau dah jodoh kan.. Ape pon  , Selamat Pengantin baru. . Semoga bahagia dan kekal hingga ke syurga.

Sazali & Fadilah  :)

Tutup2 muka la pulak 

Mara mengadap .. Kuikuikui !

Ape pulak pengapit tu cakap~

Rilek ar kak, nanti2 buat muka duck face tu, takkan ats pelamin kot?~


Pelamin raja sehari

Makan beradab




SELAMAT BERKELUARGA :)