Amalan-Amalan Sunat Di Bulan Syaaban

Tarikh: 
 Aug 07, 2009
Riwayat: 
 (al-Bukhari)
Kategori: 
 Ibadah
Hadith: 
Dari Aisyah r.a katanya:Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa
 baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira
beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan
 penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda
berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban.

Huraian Hadith: 

1. Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana
orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk
mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan,
sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara
 bulan Rejab dan Ramadhan.



2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Syaaban
 itu ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar
kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki
 bulan Ramadhan


3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah
kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah
kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada
 bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.


4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :

i. Memperbanyakkan puasa sunat.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada
menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

 "Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan 
Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban
 dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah
 mencatat untuknya pahala seperti pahala 
tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang
 beribadat kepada Allah Taala selama 
tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun 
itu maka dia seperti orang yang mati syahid."


ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW.
Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa
kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat,
maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam
 tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit."
(Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)


iii. Bertaubat

iv. Meraikan malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban
 di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al Quran kerana malam
tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat ..

Wallahualam .. :)