Saturday 28 November 2015

Tahu?


Cinta. 

Banyak makna.
Ikutlah kau nak pilih yang mana.
Cuma,
Kau perlu tahu,
Tak semua rasa harus aku kata.
Menurut aku,
Kau hanya perlu tahu erti cinta tanpa harus ungkapkan kata cinta. 

*kenyit mata*

Friday 27 November 2015

Beg


Kau nak tahu? 

Dalam beg kerja aku itu,

Ada sekaki payung maroon,
Ada sebatang pen biru,
Ada sepeket nescafe segera,
Ada kepingan syiling berterabur

Tiada krim pelindung matahari,
Tiada losyen wangi,
Tiada bedak padat apatah lagi lipstick ungu.

Yang banyak hanya bungkusan biskut keju.

Jadi,

Kau masih mahu aku? 

*sorok lipbalm*  Hu Hu.

Harap

Dalam hidup ini,
Pasti ada sekali kau tersilap,
Ataupun terpilih jalan gelap.

Adat juga dunia ini,
Sekali tersilap,
Dihakimi dengan hebat,
Seolah mereka memang tepat,
Seperti tiada jalan untuk bertaubat.

Tapi harus kau ingat,

Allah ada untuk jadi pengubat. 
Jadi,

Jangan berhenti berharap. 

Thursday 26 November 2015

Jumaat

Jumaat.

Hari ini hari jumaat,
Jangan buat buat tak ingat,
Muslimim ke muslimat wajib pergi solat,

Nak kena sebat? 

Siapa Suruh





Kerana terlena seketika,
Sekarang berjaga. 
Padan muka.

Ha ha.

Tuesday 24 November 2015

Sawan

Sawan

Masih kau ingat cerita nasi ayam aku tadi?

Nampaknya, 
nasi ayam hanya tinggal angan.

Kerja hari ini lain dari kebiasaan.
Aku hampir nak sawan,
Sikit lagi nak hilang pedoman. 

Aku tinggal kerja dunia untuk tunai kewajipan,
Waktu itu aku terima satu pesanan,

"Nak tapau makanan?"

Beruntungnya aku punya kawan. 
Kawan macam kau yang ada waktu susah dan senang. 

Oh ya,
Kau belum tuntut duit semalam. Mungkin kau nak halalkan. Hehe.



Monday 23 November 2015

Makan.



Makan.

Selesai procedure pesakit pertama. 

masih awal dari waktu yg direncana.
sambil menanti pesakit kedua,
aku duduk termenung cuba membunuh masa.

Lima minit terbazir,
aku terpandang gloves yg tersarung. 

Surgical gloves. Size 6. 

Tapi tidak lagi fit seperti dulu, ketika waktu muda remaja.

rongga rongga udara kelihatan.
Seperti orang tak cukup makan.

Aku sedikit risau.
Aku alihkan pandangan,
Sambil dalam hati terfikir nasi ayam.

Aku kan tak boleh kurang makan . Hehe

Istimewa



kau harus tahu,
yang ada dalam dunia ini,
bukan kau sahaja.

Yang mana perasaan terus dijaga,
Yang mana kata kau diturut setia,
Yang mana hanya perlu kau sahaja di mata.

Jangan lupa,

Ada Aku.
Ada Dia.
Ada Mereka. 



Kau perlu tahu
Setiap insan yang hadir pasti ada istimewanya.

Namun,
tak semua perlu kita jadikan cerita hidup,

Mungkin kenal biasa itu sudah cukup.

Tak semua kisah perlu noktah. 







Sunday 22 November 2015

Bitter



Terkadang,
dalam hidup ini,
yang manis manis jadi impian. 

Tanpa sedar,
telah menaruh harapan. 

Terus terlupa,
dalam manis ada pahitnya. 

Angan, memang indah. 
Realiti, tidak mudah.


Kau perlu ingat itu. 


Kerana harapan manis,
Tersadung sikit kau rasa seperti jatuh gaung,
Terus terpaku tak mampu bangun.


Kita lupa,
Untuk manis,
Perlu lalui yang pahit dulu. 

Bukan ke macam kopi?

Mula kau bancuh, 
likat pekat dan pahit.

Kau tambah susu,
manis lemak berkrim. 

Betul kan? 

'Untuk dapat sesuatu yang manis, 
perlu tempuhi yang pahit dulu ' 


Kau harus kuat. 


Kau harus tabah.

Kau harus jadi kunci kepada hati.
Jangan biar hati menjadi kunci kepada diri.
Kelak binasa memakan diri. 


Aku masih setahun jagung, 
tak punya banyak erti hidup yg harus kau ikut.

Aku masih mentah utk kenal erti kehidupan.

Cuma,
mahu berkongsi pengalaman utk kau ,aku sama sama jadikan teladan.

Sekian.



P/s:
Hobi aku memang menulis. Berkarya satu meditasi. Cuma untuk  berkarya serius seperti A. Samad Said atau Ramlee Awang Murshid, aku tak mampu. Aku kan umpama jagung? Hehe.


💐




Tuesday 10 November 2015

Kelmarin Kudengar kau ucap kata Cinta


Semalam,
Aku kata I Love U pada kau. 

Hari ini, 
Aku ucap sayang pada dia.

Aku kata, 
Kau kesayangan. 

Dengan dia,
juga kesayangan aku. 

Bukan aku tak tahu, 
hati kau perit. 

Aku tahu,
kau sedih. 

Mungkin aku rasa,
aku tahu siapa paling bermakna. 

Mungkin jugak,
semua sama sahaja dimata aku.

Atau,
ini mungkin memang aku. 

Sayang aku terlalu murah. 




Maafkan aku.