Sunday 22 November 2015

Bitter



Terkadang,
dalam hidup ini,
yang manis manis jadi impian. 

Tanpa sedar,
telah menaruh harapan. 

Terus terlupa,
dalam manis ada pahitnya. 

Angan, memang indah. 
Realiti, tidak mudah.


Kau perlu ingat itu. 


Kerana harapan manis,
Tersadung sikit kau rasa seperti jatuh gaung,
Terus terpaku tak mampu bangun.


Kita lupa,
Untuk manis,
Perlu lalui yang pahit dulu. 

Bukan ke macam kopi?

Mula kau bancuh, 
likat pekat dan pahit.

Kau tambah susu,
manis lemak berkrim. 

Betul kan? 

'Untuk dapat sesuatu yang manis, 
perlu tempuhi yang pahit dulu ' 


Kau harus kuat. 


Kau harus tabah.

Kau harus jadi kunci kepada hati.
Jangan biar hati menjadi kunci kepada diri.
Kelak binasa memakan diri. 


Aku masih setahun jagung, 
tak punya banyak erti hidup yg harus kau ikut.

Aku masih mentah utk kenal erti kehidupan.

Cuma,
mahu berkongsi pengalaman utk kau ,aku sama sama jadikan teladan.

Sekian.



P/s:
Hobi aku memang menulis. Berkarya satu meditasi. Cuma untuk  berkarya serius seperti A. Samad Said atau Ramlee Awang Murshid, aku tak mampu. Aku kan umpama jagung? Hehe.


💐




No comments:

Post a Comment