Friday 27 November 2015

Beg


Kau nak tahu? 

Dalam beg kerja aku itu,

Ada sekaki payung maroon,
Ada sebatang pen biru,
Ada sepeket nescafe segera,
Ada kepingan syiling berterabur

Tiada krim pelindung matahari,
Tiada losyen wangi,
Tiada bedak padat apatah lagi lipstick ungu.

Yang banyak hanya bungkusan biskut keju.

Jadi,

Kau masih mahu aku? 

*sorok lipbalm*  Hu Hu.

No comments:

Post a Comment