Sunday 16 November 2014

Braces, Pengalaman?


Assalamualaikum.. hai hai haiiii.. :*

Masuk bulan ney, dah 3 bulan I mnjadi gadis bergigi besi ..Puahahha!


Malas nak cerita details dari 1st appointment sampai lah sekarang ney,sbb banyak dah org cerita ye dakk? :)

Aku just nak cerita pengalaman aku. Sebab, aku ini agak penakut orangnya. Hihi! 

Sebenarnya, idoklah keinginan sesungguhnya nak berbraces ney. Dari form 3 adalah sekali due terpiker, tapi masih tak make a move. Haha.

Habis form 5, ok, this is true. The true feeling on how i get a courage,strength to put on that thing in my mouth.. hmm..

Lepas habis form 5, i just terpiker, sampai bila nak takut cam tikus mondok ye dakk?? 

Pasal ketakutan ini lahir dari hasil pembacaan blog blog warga braces sekalian yg semua ceritanya hanyalah berkisarkan KESAKITAN.. Aku dahlah kecik lagi time tu, terangkat bontot membacanya. Hahaha! *kecik betul form 5 ye~

Pastu i tanyalah pada bonda serta ayahanda kesayangan:

"Bonda, adakah kiranya elok jikalau anakanda memakai besi digigi?
Bonda: "Tidak usahlah anakanda, elok rupanya sekarang ini"

So i decided not to as bonda told me so. Plus, ayahanda bilang, 'dont worry, there will be someone who will love u just u are'

Semakin menipis lah keinginan yg tak berapa nak kuat. 

Untill then my big bro kata, 'aku rasa eloklah kalau kau pakai braces. '

Aku just diam, nodded for a few times, tapi berfikir sebenarnya.. ''buruk benar gamaknya aku.....; haha! 

So aku biaq pi lah, malas aku nak mikir nye.. tapi dari hari tu aku start kumpul duit.. karena ongkos besi ini ngak murah bapak bapak sekalian! Apatah lagi dibuat dikota raya, mampus!

Lepas pung pang simpan duit for almost 2 years, and finally the time has come! 

Oh mai oh mai!! Aku tak tahu dari mana kekuatan itu datang saat my Dr--> Dr,Aina tgh review pasal gigi aku..

AKu just cakap, ''Dr,boleh pasang sekarang ke?''

Dr: Yes!

Klinik itu sangatlah islamik, and i think i've made a good decision dgn memilih klinik ini walau agak jauh sebenarnya dari tmpt tinggal aku. 

Dari start dia pasang dawai segala besi kat gigi aku, aku just ikut berzikir dgn zikir yg diorg pasang. Dannnn.... walllllahhhhhh! Siap! Tadaaa!

Aku sesengih kerang kat member aku yg teman. Dan kerana aku tak suka color yg menyerlah,so i just picked dull green for the very first time. 

Aku terus balik kg since itu cuti sem aku. Aku kekonon acah nak surprised kan mak ayah aku,sbb tu aku tak btaw aku dah pasang. Tp, setelah itu....

"Tuutt tuut, tuuut tuuuutt"

"Hello, mak. Masak apa arini?''

"Masak nasi cam biasa, bla bla bla.."

"Mak, tolong masakkkan bubur boleh..?"

"Kenapa?"

"Sakit gigi"

" Kau dah pasang ke besi tu?"

Dappp! 

Kantoi! Tak jadi surprisenya. Haihhhh.. So i end up dgn cerita pada bonda hal yg sebenar.


Lepas 3 jam pasang, barulah terasa denyutan serta sengal sengal gigi. Tapi percayalah, kesakitan ni bearful. Percayalah, korang korang yg nak berbraces tu. *kenyit mata.

Sakit braces ney aku rasa ada tiga je lah kot:
1. Sakit cabut gigi
2. Sakit pasang separator
3. Sakit ketatkan dawai every month.



Sakit pasang separator tu takdelah menangis, tapi kau rasa cm tokleh nak kunyah kebenda pasal dia berdenyut denyut, tp sakit ney 3 4 hari pastu okaylah! 

Sakit cabut gigi! Oh yes, penipuan kalau aku kata tak sakit. Tak, bukan sakit masa cabut, masa cabut kan kau dibius, rasa mendenya. Tp lepas bius tu hilanglah.. haha! aku rasa nak tepuk tangan utk kesakitan itu. tp boleh je aku ketawa,pergi midvalley lepas cabut, Alhamdulillah. Hehe!

Penat pulak taip pepanjang neh. Haha! 
 Nanti Iallah aku sambung! Tataaa~