Friday 25 January 2013

Diari Ayah

Tia merengek. Menghentak-hentak kaki ke lantai. Bising. 

Ayah dengan sabar memujuk. Lama dipujuk tapi masih tak berjaya.

Tia masih merengek. Semakin kuat rengekannya.

Ayah akhirnya capai juga anak patung itu.Anak patung berbaju pink sebesar saiz bayi 2 bulan yang Tia nak.

Tia tidak mahu anak patung murah yg ayah beri. Dia tetap mahu yg besar itu. 

Ayah merenung ke dompet kempis. Mengira-ngira bagaimana mahu menampung makan tghari nnt kalau patung ini dibeli. Harga patung ini umpama belanja makan untuk seminggu.

Akhirnya,ayah ambil dan pergi ke kaunter bayaran. Anak patung bertukar milik. Tia senyum lebar.

Ayah senyum sekali. Tentang duit makan nanti, ayah akan usaha lebih untuk tampung semula belanja yg terlebih hari ini. 

Takpe,ayah bahagia kalau Tia pon gembira. Ayah tak kesah.

________________________________________________________________________________

Tia merengek lagi. 

Kali ini minta dibeli telefon bimbit berkamera 12 megapixels dgn harga RM 1560. 

Ayah diam. Terkedu.

HArga telefon itu sudah sama dgn gaji ayah sebulan. 

Ayah pening. Sesak kepala.

Tia tinggikan suara. Katanya ayah sudah tidak sayang Tia lagi. Tia berlalu dgn hentakan kaki yg sengaja dibuat-buat. 

Ayah membuat kira-kira ditgh malam. Menghitung perbelanjaan yg semakin meningkat. Bil air, bil elektrik, ,sewa rumah,sewa kereta,belanja isi rumah,belanja untuk Tia,duit sekolah Tia. 

Ayah diam. Melihat kearah buku simpanan bank. Duit yg disimpan khas utk pergi ke Mekah selama ini dikeluarkan sedikit.

Ayah pergi beli telefon yg Tia nak. Warna putih berkilat. Siap dgn segala aksesori tambahan. Ayah senyum bahagia. Tia pasti suka. 

Ayah menhulur pada Tia dgn penuh kasih syg. Tia ambil dan berlalu tanpa ucap apa-apa. Tanpa melihat pada ayah.

Takpe,ayah tahu Tia tgh gembira. Ayah pon.

____________________________________________________________________________


ayah rasa tak sihat. 

Sakit-sakit badan,urat. Badan ayah panas. 

Ayah takde selera nak makan. Nak bangun pon terketar-ketar. Ayah tak larat.

Ayah dahaga.  Ayah panggil Tia. Minta ambilkan air.

Tia pura-pura tak dgr. Tia sumbat telinga dgn earphone.

Ayah panggil lagi. Sedikit kuat dari tadi.

Tia rimas. Merengus kasar. membaling earphone ke sofa. melangkah dgn wajah bengis.

Tia merungut. Menghulur kpd ayah segelas air dgn sedikit percikan terkena pada wajah ayah. Tanda Tia marah. 

Tia berlalu pergi. Mata ayah panas. Bergenang dgn kelopak jernih. 

Ayah tahu Tia penat. Tp ayah takde niat nak susahkan Tia. Percayalah,ayah benar2 tak larat.

________________________________________________________________________________

Hari ini Tia senyum lebar. Tia bahagia. 

Hari ini Tia sudah  bergelar isteri kepada seseorang. Ayah senang. Tenang.

Ayah keluarkan semua duit simpanan utk kenduri kahwin Tia. 

Tiada sesalan yg keluar. Habis semua dalam bank.

Ayah tak kisah, asalkan Tia gembira. Itu sudah cukup menggembirakan hati tua ayah. 

Tapi, Tia masih tak ucap apa2 pada ayah. Tia tidak menymbut pelukan taniah ayah tadi. Tia tidak makan sama dgn ayah tadi. Tia tak suapkan nasi pada ayah pon tadi. Tia tak dtg jeguk ayah sebelum nak tidur. 

Ayah tak boleh teman Tia tidur mcm dulu lg walaupon Tia tak pernah tahu yg ayah selalu usap lembut ubun2 Tia tiap malam. . Ayah kucup pipi Tia. Tak pernah rasa jemu.

Tp,ayah paham. Mungkin Tia penat.

______________________________________________________________________________


Sudah lama Tia tidak jenguk ayah. Telefon pon dah tak lagi.

Ayah rindu. 

Ayah telefon Tia. Tapi Tia dah tukar nombor. Ayah rindu sgt.

Ayah ambil anak patung besar berbaju pink. Ayah peluk erat. Ayah anggap itu Tia.

Dah lama ayah tak peluk Tia. dah lama ayah tak usap kepala Tia.

Mata ayah panas lagi. Ayah biarkan mutiara itu mengalir. Ayah harap dapat ubat rindu ayah.

Ayah menggigil sejuk. Ayah demam. BAtuk tua kedengaran. Dada ayah sesak. Nafas ayah tersekat-sekat.

Ayah ambil gambar Tia. Letak erat didada. 

Kalimah syahadah diucap lemah. Ayah menutup mata perlahan. Gambar masih erat ditangan.

Ayah sudah tidak larat lagi. Ayah harap Tia datang dan peluk Ayah. Ayah mengimbas memori dulu. ayah senyum. Selepas itu, ayah tidur. Tidur dan tak mungkin sedar lagi.

Tia masih tak datang. Takpe. Tia sibuk uruskan keluarga.

Ayah cuma harap Tia tak lupa beri doa pada ayah hari2. Ayah harap Tia dapat lunaskan impian akhir ayah.

Ayah teringin nak pergi Mekah. Tapi tak kesampaian. Ayah harap pada Tia aje.

______________________________________________________________________________


Ayah boleh tengok Tia dari jauh sekarang.  

Ayah nak Tia tahu, walaupon ayah da tkde kat sisi Tia,tapi kasih syg ayah tetap mengalir laju utk Tia. 

Percayalah, Ayah sayang Tia sangat2.


**************************************************************************





buat seluruh keluargaku yang tercinta:

ampunkan segala kesalahanku dari hujung rambut hingga hujung nyawa.

halalkan segalanya yg dicurah untuk diri ini selama ini.

redhakan segala perbuatanku.

doakanku dari jauh. 

itu sahaja pintaku.

aku sayang kalian. 



                  

                                -Faeizah Don-















Thursday 10 January 2013


pentas dunia rancak bertari.  segenapku memerhati lakonan para manusia.  manusia bertopengkan kilauan kebaikan palsu, bicara lembut penuh sembilu.


ah,tipu semuanya! hipokrit ! sudah  tiada  sekelumit  rasa percaya tersimpan untuk mereka.  hati tawar setawarnya.. kalau di uji dgn kertas litmus,  pasti kertas itu mempamerkan warna pink, warna neutral !


semakin berlalu hari, semakin terseksa jiwa raga. beratapkan emosi kacau bilau berdindingkan senyuman palsu hariku berlalu.  


semuanya dilakonkan dgn penuh sempurna demi menjaga sekeping hati manusia paranoid yang hanya tahu tentang dirinya sahaja. langsung tidak pernah terlintas sejenak di lubuk hati mereka bahawa ada insan yang penuh selaput duka. bukalah mata!



insan yang seringkali  membuatmu tertawa itu adalah insan yang paling banyak menitisan air mata. hanya kau yang tidak pernah mengerti garis-garis luka yang terbit kerna dgn kemas ditutupi agar  hatimu terjaga.



bila pulak kau yang akan menggantikan tempat itu?  bertanyakan padaku apa yang seringkali aku bertanyakan padamu.


 bila pulak kau yang akan  ada disisi saat aku jatuh? menggapai tangan, dipimpin kemas, menuntunku kejalan yang luas penuh kebahagiaan?? bila?


 bila pula kau yang akan bertanya," da makankah awak? sihatkah awak? ada masalahkah awak?



tapi itu semua pasti takkan berlaku. kau ada disampingku bila mana hanya kau perlu.. bukan bila aku perlu. aku tak kisah semua itu. aku tutup mata, keraskan jiwa, belakangkan segalanya demi kasih yang tak bertepi. 



sungguh aku boleh saja tinggalkan kau terkapar-kapar sendirian. menyorokkan tangan saat kau memerlukan. tapi aku bukan tergolong dalam manusia itu. bukan ! 


takpe.. aku pasti tunggu saat semua itu berlaku walau aku sendiri tidak tahu bilakan tiba waktu itu.



Monday 7 January 2013

CEBISAN KATA BUAT KARMA

     
* sila mainkan lagu ini ketika membaca...






      Saban hari aku memerhatikan gerak- geri manusia. meneliti setiap garis di wajah . merenung ke anak mata, cuba mentafsir segenap rasa.



     Aku bukan ahi nujum, jauh sekali si tukang tilik, apatah lagi mempunyai kuasa dalaman yang istimewa. tapi dari raut wajah itu, tergambar seribu satu rasa yang sukar diterjemahkan.



     Aku mencuri pandang lagi ke arahmu,Karma. Ah, wajah itu, dirundung rasa mendung tetapi sedaya upaya kau cuba tutupi dengan deretan gigimu yang comel. 


    Aku tahu apa yang bermain dibenakmu. Aku tahu kau sembunyikan sesuatu. Tetapi, untuk bertanyakan itu padamu, aku tak mampu. nanti kau dan aku sama-sama ditenggelami manik jernih.


    Tak apalah Karma, aku hanya mampu merenungmu dari jauh. Aku harap kau tidak akan terus bersenandung dibawah sendu. Kau masih punya aku, dan mereka yang masih lagi menyayangimu. Usah biar kolam matamu basah lagi. Jangan rembeskan mutiara jernih lagi. 


     Ingin sekali aku nyanyikan lagu ini padamu. aku yang menciptanya saat melihat kearahmu. 





LANGIT CERAH BERLATAR MENTARI

AWAN MENDUNG BERLALU PERGI

SEPERTI JUGA HATIMU INI

KADANG KELAM KADANG DISINARI...


PINTAKU OH KEPADAMU

CERIALAH,CERIA SELALU

JANGAN TUTUP LESUNG PIPITMU

JANGAN TUTUP KECOMELANMU....


OH,, 
AKU DISINI MENDENGAR LUAHAN HATI

CERITAKAN SEGALANYA PADAKU KASIH

KU TETAP SETIA BERADA DISAMPINGMU

MENJADI PENGGALAS BAHU UNTUKMU...


LUAHKAN SEGALANYA PADAKU TEMAN

AKU DISINI MENDENGARKAN SUARAMU

AKU KAN SETIA MENEMANI HARIMU

TEMPUHI SEGALANYA BERSAMAKU..



TEMPUHI SEGALANYA BERSAMAKU....



Ku tujukan khas untuk sahabatku,Karma.
semoga berbahagia selalu...