Thursday 5 December 2013

Side Effects Part 2


Kedengaran suara  memberi salam selamat pagi kepada  Datuk Sri Taiyuddin ,pemilik,pengusaha dan pentadbir tertinggi syarikat ini , menandakan beliau sudah tiba.

Datuk Sri, atau lebih mesra disapa Tuan Haji oleh kakitangan disitu ialah seorang ketua yang sangat berdedikasi. Beliau  menerapkan unsur kekeluargaan kepada staf staf disitu.  Mereka semua sangat mesra disamping saling menghormati antara satu sama lain.

 Beliau juga turut menerapkan suasana kerja yang flexible dan berunsurkan islam. Tuan Haji sendiri juga selalu menjadi imam kepada anak anak buahnya dikala waktu zohor tiba. Dan disebabkan itu juga, kakitangan disitu amat menghormati beliau  yang tidak pernah memandang rendah kepada keupayaan masing masing serta bersikap terbuka dalam pelbagai aspek.

“ Azlan, masuk bilik saya kejap “, suara Tuan Haji kedengaran dari corong intercom.

Azlan lantas bergerak meninggalkan mejanya menuju ke  ruangan Tuan Haji.

Tuk! Tuk !TUk !

Pintu diketuk. Selangg beberapa saat, pintu dikuak dan Azlan dijemput masuk dan duduk disofa, berhadapan dengan Tuan Haji.

‘’Ye tuan ‘’, Azlan memecah suasana.

“ Begini Azlan, semalam saya ada dapat call dari satu syarikat. Ini berkaitan dengan kejayaan awak hari tu.
Azlan berkerut. Cuba menghadam butir butir ayat Tuan Haji.

“Err...maksuad Tuan? Saya kurang jelas,” Azlan menayang gigi.

Tuan Haji tersenyum lalu membetulkan posisi duduknya.

“ Haha! Kamu ney.. Macam ney.. berhubung dengan kejayaan kamu hari tu, Syarikat luar dari Korea mahu mendapatkan perkhidmatan kamu. Mereka mengagumi hasil rekaan kamu tu. Jadi mereka mau saya berbincang dengan kamu mengenai ney.. Tapi...” Tuan Haji mengurut janggut putihnya.

“Awak perlu kesana. MUngkin akan mengambil masa agak lama untuk berada disana, menyiapkan segala kerja..Sebab itu saya panggil kamu berbincang disini. Menurut saya, ini satu peluang emas untuk kamu. Disana, kamu akan ditempatkan bersama arkitek dan jurutera bertaraf dunia. Mungkin ada sesuatu berharga dari sana bakal kamu peroleh. Sambil menyelam minum air, betul kan ?’’

Azlan diam. Tuan Haji merenung.

“Err,awak tak perlu bagi keputusan sekara...’’

“Kalau baik menurut Tuan, saya turutkan aje. “ Azlan bersuara, seiring dengan keputusannya.

Tuan Haji tersenyum. Budak ini memang sukar dimengerti. Tampak sukar diruntuhkan tembok dirinya tapi dalam hati hanya Tuhan sahaja yang mengerti..

“ Kalau macam itu kata kamu, bersiaplah apa yang patut. Jangan risau, segala keperluan kamu sepanjang disana akan diuruskan oleh pihak mereka. Tarikh rasmi kamu kesana akan dicapai dan saya akan beritahu secepatnya...”


Azlan mengangguk faham. Dia lantas meminta diri. Ada banyak urusan lagi yang menanti. Tentang ibu bapanya, jangan khuatir. Orang tuanya sentiasa terbuka dan memandang positif segala benda. Jadi, tidak sukar untuk Azlan mengertikan mereka tentang pemergiannya yang agak lama kali ini.

 Mungkin setahun, dua tahun..? Dia sendiri kurang pasti.. Hanya menurut kata hati.


************************************************************************

Februari 2014.

Sudah lapan bulan Azlan disini. Di kota Seoul penuh warna warni. Dan dia juga semakin serasi dengan budaya orang disini. Makanan, tempat, bahasa segalanya masih dalam proses mengadaptasi, tapi dia yakin dia boleh hadapi.

Segalanya berlainan sekali dengan Kuala Lumpur meskipun pada dasarnya keduanya seolah sama, keduanya juga kota, keduanya juga sibuk. Tapi di Seoul,jauh lebih tenteram. Tidak pula dihimpit asap kenderaan, kesesakan lalu lintas dan paling penting, seluruh warga disana bahkan di Korea ini juga sangatlah berdisiplin.

Bukan dia mahu memenangkan Negara lain dan memburukkan Negara sendiri. Tapi ini semua terbukti. Negara ini kurang jenayah, Negara ini Negara bersih.

Rakyatnya sangat mematuhi undang undang kerajaan. Tiada sampah. Tiada yang melanggar undang undang dan mereka memelihara alam sekitar. Mereka semua meskipun berkot dan berblazer, tidak asing bagi mereka berbasikal ke tempat kerja. Ini semua rutin hidup mereka. Dan Azlan sendiri, sangat kagum dengan Negara ini.


“ naleul geuliwo habnidaman .. i neun eolmainga? (maafkan saya cik..berapa harga ney?)”

“oh .. i.. 5000 won seonsaengnim eu.. ( oh,ini harganya 5000 won encik)

geugeos-eun mueos-ibnikka? geu hu , naneun geugeosui hanaleul eodeul geosida ..(Oh yeke? Kalau macam tu,saya beli satu..)

Azlan berhenti ditepi kedai kecil, membeli sarung tangan untuk menghangatkan tangannya. Sekarang musim bunga, meskipun begitu, cuaca disini tetap aje sejuk.

5000 won bersamaan dengan RM15 di Malaysia. Tidaklah terlalu mahal disini.

No comments:

Post a Comment