Friday 31 May 2013

Mama #2


Laila duduk bersilang kaki dia atas sofa . Baru 2 minggu dia ada di rumah ,bosannya umpama 2 tahun dia rasa . 

'' Urgh, bosannye !'' Keluh Laila . 

Segera dia capai remote tv dan mula memasangkannya. Dari satu saluran ke satu saluran yang lain , semua tak mampu menarik minatnya . Dia merengus .

Telefon bimbitnya dicapai . Scroll , scroll dan scroll . Notifikasi facebook dilihat . Bosan juga . Tapi notifikasi terakhir itu menarik minatnya. Sedikit . 

' Daun Hijau  wants to be friend with you . Do you know him ? '

Dia tak tahu mengapa . Nama itu cukup unik baginya . Melambak lagi friend request yang di biarkan. 

Buttton confirmed dipilih . 20 saat berlalu . Senarai chat masih bisu .Memang senarai chat hanya sekadar buat-buat ada aje. Buat-buat ramai kawan kononnya . 

Laila bosan . Lantas lambang pangkah hendak ditekannya . Serentak itu juga ...

'' Terima kasih approve '' .. Chat dari Daun Hijau mematikan niatnya . 

'' Terima kasih add '' .. Laila balas .

Adat orang beradab kononnya, dari terima kaseh dan sama- sama , alamat rumah dan segala maklumat diri disingkap satu persatu . Katanya , setakat dalam facebook aja , bahaya abendanya . 

_______________________________

'' Seorang Gadis 14 tahun ditemui mati setelah dua minggu hilang ''

Tajuk akhbar hari itu mengamit perbualan dua beranak. 

'' Laila,tengok ney . Jangan sesenang nak percaya orang . Orang sekarang ney lagi teruk dari binatang tau ''.

''Mama janganlah risau . Laila kan dah besar . Laila tahu jaga diri '' , kata Laila .

'' Mama ingatkan aja. Mama percaya kat anak mama ney '' .

Laila diam .Hatinya sebal sikit dengar mama cakap camtu . 

' Pernah ke mama kisahkan Laila?' gumam dia dalam hati. 

Usai sarapan , mama hilang. Tak nampak ke mana. Biasalah mama , hujung minggu  pon susah nak lekat kat rumah . Itulah beza seorang ketua dan anak buah . Beza antara makan gaji dan menggaji orang. Beza. Sangat .

Laila mengeluh . Dia fikir , mahu mengajak mamanya ke pusat beli belah . Boleh cari barang- barang . Boleh jalan- jalan . Jalan- jalan? Oh, bila kali terakhir dia keluar bersama keluarganya , dia sendiri pon tak ingat. 

Papa? Hujung minggu macam ini , lagi Papa suka duduk di pejabat . Menyemak segala fail yang bertimbun . Siapa cakap seorang bos kerjanya hanya duduk mengarah ? Kata papa , sepercaya macam mana sekali pon dia pada stafnya , dia tetap perlu pantau segala kerja mereka . Manusia kan berubah ? Mungkin sebab itu juga , semua urusan kewangan dicatur penuh teliti . Akaun syarikat dan akaun peribadi papa diasingkan. 

Akaun syarikat diprivatekan . Hanya papa dan pihak bank yang tahu. Mama tak tahu . PA papa tak tahu . Malah , akaun syarikat ada tiga. Untuk back up katanya . Entahlah ,Laila pon kurang faham benda-benda macam ney . Malas ambil tahu . 

Bosan . Facebook dibuka. Dah hampir sebulan dia berkawan dengan manusia Daun Hijau tu. Selama itu juga si Daun Hijau ini yang mengisi waktunya . Dia senang dgn Daun Hijau . Prihatin dan tak pernah mengeluarkan kata-kata kurang baik padanya. Sopan dan teratur aja ayat-ayatnya .

''Awak ,kita dah lama kawan . Tapi masih tak pernah tengok muka awak'' , tegur Laila.

'' Awak nak buat apa gambar saya? Oh ,awak nak guna-gunakan saya eh ? '' , balas Daun Hijau.

Chat berbalas . Hampir dua jam dia melongo depan komputer ribanya. Akhirnya, gambar Daun Hijau diberi . 

'Amboi , hensem benor mamat ney', gumam Laila . Adat orang memberi , pasti ada balasan . Laila turut memberi nombor telefonnya . Mudah katanya nak berhubung . Lagipon , dia ney baik.  LAila turutkan . 

No comments:

Post a Comment