Wednesday 1 May 2013

Mama (1)

Ehem.. Assalamualaikum dan Hai Semua :) [Lagi sekali pembukaan entry yg poyo]

_____________________________________________________________________

Laila tenung nasi bungkus atas meja. 
Keluhan kecil dilepaskan. Sejak dia duduk dirumah, boleh dibilang berapa kali mama nya memegang senduk ,kuali serta sudip utk memasak sesuatu untuknya.

Selama ini dia duduk diasrama. Jadi dia tidak pernah tahu pun yg selama ini papanya hanya makan seorang diri di warung,restoran atau gerai.

Bunyi kereta menderam di garaj depan. 

'Mama balik',getus Laila. Dia meluru ke pintu, menyambut mama yang tercinta.

Mama dengan muka letih dan lesu masuk ke dalam rumah. 

''Laila dah makan?''
''Dah ma. Banyak kerja ke mama?''

Mama hanya mengangguk. Laila sdg suba mencuri masa mamanya utk dia berceloteh seperti dulu.

''Mama........"

"Mama naik dulu ya sayang. Mama letih sangat. Goodnyte honey''. Satu kucupan hinggap didahi Laila.

Laila diam. Mama letih. Ya,mama letih. Aku perlu faham itu.

Laila masuk ke dapur. Merenung kek cawan yang dibuat untuk mamanya. Muffin perisa red velvet kesukaan mama. 

'Takpelah. Esok pagi-pagi aku bagi mama rasa'. LAila pujuk hati.

Papanya tidak pulang ke rumah hari ini. Katanya ke luar negeri atas urusan kerja. 

Laila periksa pintu dan tingkap. Lampu ditutup. Dia menuju ke biliknya.

__________________________________________________________________

Awal pagi LAila bangun. Dia hidangkan mamanya secawan nescafe panas dan semestinya red velvet ! LAila senyum. 

'NAnti masa mama breakfast,bolehlah aku bercerita.' LAila girang.

MAma turun. Sedikit tergesa-gesa.

"Mama, marilah breakfast sama. LAila ada buat sarapan sikit.''

"Honey, sori. Mama ada urgent meeting pulak pagi ney. Mama kena pergi dah ney. Mama sayang Laila. TAke care dear"

Mama menuju ke kereta.

LAila toleh ke arah meja. MEmandang red velvet mama.Laila gapai satu.

"Mama!" Laung LAila. MAma baru hendak menutup pintu kereta.

''Kalau camtu, mama bawaklah ney. Boleh makan masa drive.U need energy right?''

Mama senyum. Lalu diambil red velvet itu. Dimakan depan Laila.

"Erm,sedap. Mana Laila beli?", mama tanya.

"Laila buat semalam''. Perlahan aja dia jawab.

''Seriously? Okay,lepas ney mama order kt Laila aje. Thanks sayang. Mama pergi dulu"

Laila iringi mamanya dengan doa dan sorotan mata.  Dia senyum bahagia. Mamanya puji red velvet dia. Dia senang, Bukan kerana dipuji. Dia puas. Mama makan juga akhirnya red velvet itu. 

Dia pandang kesan melepuh terkena oven semalam. Pedih masih terasa. Tapi segera hilang pabila teringat mamanya menyuap red velvet ke dalam mulut.

_________________________________________________________________

Okay, iAllah, ini ada sambungan. Sekarang, aku nak off sebab... err... sebab aku nak off larr. 

Selamat Malam. :) 

Oh,jangan lupa baca doa tidur dan tidurlah dengan rusuk kanan dibawah. 
(Nabi kita amalkan ini. JAdi mari kita buat juga)

No comments:

Post a Comment