Friday 24 May 2013



"Semua sekali RM 67.80 ''

Aku capai barang dan mengatur langkah, berjalan.

Bella yang jalan di sebelah tegur:

" Aku tak pueh hati kalau jadi hang. Barang hang sikit nak mampuih dari aku tapi awat mahai sangat?''

Bella tenung  plastik aku yang hanya ada lima benda aja. Berbanding dia yang jinjit empat plastik penuh tapi harga kami lebih kurang aja.

Aku senyum. Tak cakap apa-apa. Sebab aku pun memang tak tahu kenapa.

Bella terus membebel masa aku simpan barang dalam beg. Dalam pada dia dok membebel, aku capai dua beg  plastik dia dan berjalan menonong membelakangi dia.Kasihan pula. 

Dia mengikuti aku dan memegang lengan aku sambil berjalan.

'Manja jugak kau ney Bella', desis aku dalam hati.

No comments:

Post a Comment