Friday 24 May 2013

Impian jadi kenyataan


Setelah hampir dua bulan aku pung pang pung pang tentang bisnes dan segala yang lebih kurang halal dengannya , akhirnya baru sekarang aku merasa lebih berani dan yakin untuk menaip entry tentangnya . (Poyo kan ? )

Aku bukan budak jurusan perniagaan atau yang seumpama dengannya , tapi aku merasa yang aku perlu belajar serba sedikit tentang selok belok bisnes ney. Cara pengurusan kewangan adalaah topik paling aku suka . 

Tapi bukan itu yang aku nak cerita . Tapi , cara menjadikan impian satu kenyataan . Okay, benda alah ini adalah sangat subektif untuk dinilai . Semua orang ada cara yang tersendiri untuk memastikan target mereka tercapai .

Aku bagi contoh lar eh biar senang nak paham . 

Aku memasang impian untuk memiliki sebuah kereta . ( Ayat skema benor ney ) .
Jadi perkara pertama yang aku buat ialah - Berangan  !

Sesudah aku berangan , maka aku mula cari tahu tentang kereta yang boleh aku pakai . Setelah diselidik , ternyata aku tidak mampu nak pakai kereta mewah atau sporty . Jadi perkara kedua perlu aku buat - Sedar diri !  Jadi kereta yang mampu aku beli (setelah cukup duit nanti ) adalah sebijik Perodua Viva. Kerana aku malas , jadi auto adalah pilihan ! :)

Ketiga, aku perlu simpan duit. Kalau takde duit , nak beli guna apa ? Duit mak ayah ? Aduhai , segan siot nak mintak diorang . Kan aku yang nak guna . . Jadi aku perlu membuat kira-kira ! Sebagai contoh :

Harga Viva Auto Elite 1000cc  : RM 40,874 .30

RM 40,874 .30 bahagi dgn 36 bulan ( target aku dlm 3 tahun menyimpan ) = RM 1135.40 

RM 1135.40  adalah jumlah yg perlu aku simpan dlm sebulan. Untuk jadikan lebih realistik dan menyemangatkan lagi , jumlah sebulan itu aku bahagi lagi dengan 30.

RM 1135.40  bahagi 30 (sebulan ada 30 hari kan ) = RM 37.85 

Maka dalam sehari aku perlu kumpul RM 37.85 . 

Nampak ? Lebih realistik kan  dan membuat aku merasa boleh untuk ada kereta dalam masa tiga tahun. Jadi yang penting disini ialah , realistik ! make sure korang punya impian itu realistik dgn diri korang . Faham ?

Jadi , secara ringkasnya adalah :

1. Pasang impian
    2. Ikut kemampuan
3. Cari maklumat
              4. Mula membuat kira-kira 
                 5. Menyimpan dgn konsisten

Step 4 adalah step yg sangat penting . Make sure korang punya kira-kira itu sangat realistik supaya korang rasa senang dan tak terbeban . Fahamkan ?

Jadi, lepas ney tak payah nak ngengada mintak mak ayah kalau nak beli benda-benda . Usaha sendiri . Dan ini akan mematangkan korang. (lain cerita kalau kau ini anak orang berada ) 

Sebab aku tak suka hidup di support , jadi aku senang kalau segala benda yang aku nak datang dari usaha aku sndiri . Biar perit , asal aku usaha sendiri . 

Korang bolehlah try teknik ney kalau nak beli benda yang agak mahal lepas ney . Semoga berguna lah entry kali ini . :) 

P/S : Doakan aku dapat kumpul duit nak beli kereta tau ! 


No comments:

Post a Comment