Saturday 2 November 2013

Sahabat MAti !


Arina pantas membuka laman Youtube setelah sahabatnya Noni menyampaikan kabar yang menggemparkan.

‘Takkanlah? Tapi macam mana diorang buat ?’

Arina semakin resah. Video mengenai dirinya sedang tersebar hebat di YouTube sekarang. 
Tak ! Tak ! Bukan ! Bukan video tak senonoh. Tapi itu video privatenya.  Video istimewa untuk kekasih hati penawar jantungya.

Tapi itu cerita lama. Itu video dua tahun lepas. Bukan baru dia buat semalam.  Ya, dua tahun lepas....

‘’ Saya ada surprise untuk awak’’.

 Message are received by Airil.  

Arina tersenyum.  Menanti balasan.

Bunyi kicauan burung melebarkan lagi senyuman Arina. Tanda mesej masuk. PAntas dia membukanya.

‘’ Apa yang surprise sangat tu? Macam tak sabar aje..macam best je  ..macamm ape ye.. hihih.. ‘’, Airil cuba bercanda. 

‘’ Okay, sekarang on kan webcam awak, kita video call ye ‘’, ujar Arina lembut.

Selang beberapa minit, Airil meberi pesanan. Menandakan dia sudah bersiap siaga didepan web cam nya. Menanti arahan seterusnya dari Arina.


‘’ Hai awak ! Awak tahu hari ney hari apa? Mestilah tahu kan, hari ney hari jumaat. Maknanya sebulan dah kita couple . Untuk itu, sebagai tanda yang saya sayangg sanggattt dekat awak saya nak berikrar ney. Nampak tak tangan saya ney ..nampak tak ?’’


 Arina mengoyang goyangkan tangannya.

Sambungnya lagi...


‘’ Saya, Puteri Nur Arina dengan ini berjanji akan sentiasa berada disisi Airil Raiyan tak kira apa pon yang terjadi. Mahupun hujan atau ribut, panas atau mendung, kilat atau petir, i’ll always there right beside you. I promise with all my heart. Hah ! LAgi satu, saya harap orang sana pon boleh berjanji sama.. ye orang sana, sila angkat tangan juga dan ikut apa yang saya kata....’’



Arina tersenyum kelat. Itu cerita dulu. Cerita saat Airil Raiyan miliknya. Saat semuanya bahagia. Saat hilai tawa bergema. Saat usik mengusik bercanda bersama. Dulu. Ya dulu.


Tapi,kenapa sekarang ini semua terjadi. Saat dia sedang mengumpul kekuatan untuk melupakan kenangan manis bersama lelaki itu. Kenapa?!


Tanpa sedar, air matanya menitis. Air mata sedih, marah, takut , malu. Semua bercampur menjadi satu.
MArah kerana privasinya diceroboh. Takut menghadapi mak dan ayahnya. Kecewa kerana memori lama tersingkap kembali. Malu kerana satu Malaysia, mungkin luar Negara juga sedang ketawa mengejeknya saat ini.

Mereka tak tahu apa apa. Tak tahu. Mereka hanya makhluk yang suka mengambil kesempatan saat insan lain ditimpa kecelakaan.

Mereka makhluk yang suka hiburan dengan kesedihan orang lain. 
Mereka ini makhluk yang tak punya perasaan.  Apa sesuai lagi dipanggil manusia? Atau haiwan? Atau haiwan pon tak mahu makhluk ini dalam kelompok mereka?  

Arina  menyeka air mata. Tak guna menangis Arina. Tak guna. Semua ini bersebab. Sabarlah hati. 
Dia bingkas bangun untuk mandi menenangkan diri. Mahu menghadap Ilahi. Hanya Dia yang Maha Mengetahui.


Seusai solat maghrib tadi, Arina memberanikan diri  membuka YouTube lagi. Benar telahannya.

Videonya sudah mencecah 3 ribu viewers dalam masa hanya beberapa jam. Dan sudah ada video parody.  Hati Arina bengkak. Sebal. Sudah tiada kerja kah kau manusia..? Hanya tahu menganjing manusia..

Tukk tukk tukkk !!  Pintu diketuk.  Umi mencelah masuk.
Arina sedikit kecut perut. Abi pon ada sama dibelakang ummi. Bertambah gusar Arina.


‘’ Betul ke apa yang umi dan abi dengar ney Rina?’’, Lembut umi bertanya. Abi masih membatu. 


Tanpa dipinta Arina menyembamkan mukanya ke paha umi. Menangis semahunya. Teresak esak.
Dalam sendu... 


‘’ Maafkan Rina umi, abi. Rina salah. Rina tak patot buat semua ney. Mesti umi dan abi malu punya anak seperti Rina .. ‘’


‘’Bohong kalau umi dan abi tak rasa malu dengan tindakan kamu.. Tapi, walau macam mana pon, kita ini manusia. Mesti ada khilaf di mana mana. Siapa umi dan abi untuk menghukum Rina.  Siapa mereka untuk terus  mengutuk Rina. ‘’ Umi menjawab lembut. Masih lembut. 


‘’ Paling penting Rina, mohonlah ampun pada Allah. Dia bukan muhrim kamu. Suara kamu itu aurat baginya dan juga masyarakat sekarang yang sibuk menonton video kamu. Abi dan umi sudah maafkan kamu.  Pesan abi, berhati hati lain kali dalam setiap tindakanmu nak... ‘’ Abi mencelah.


Abi juga lembut menutur kata. Arina tersentap. Benar. Airil Raiyan bukan muhrimnya. Bukan sesiapa. Kenapa dia tidak malu mepersembahkan wajahnya kepada lelaki itu.. Kenapa? Bukan salah umi dan abi. Cukup semua didikan agama umi dan abi beri..


‘ Ya Allah, aku dah menconteng arang ke muka umi dan abi..ampunkan aku ya Allah’, lirih Arina penuh sendu. 

Malam itu, dia lena dalam dakapan umi. Sungguh dia bersyukur masih punya umi dan abi. Tenang dalam segala situasi. Tidak menghakimi membuta tuli. 


Malam itu juga satu senyuman puas sang makhluk Ilahi terukir. Kemas sungguh rancangannya. 


‘Mission accomplished ! Bingo !’ desis dia sendiri.


‘Kau lupa kau berlawan dengan siapa Arina. Lupa..lupa.. Sayang. Arina dulu bukanlah arina yang lembut pada mata pandangan orang. BUkan. Tak lagi.’


‘ Kau lupa barangkali, Kalau Airil bukan milik aku, maka kau juga tak harus memilikinya.’
 Pecah ketawa dia sendiri. 


Memang teratur rancangannya.  Video itu kemas do copy saat dia bermalam di rumah Arina. Saat Arina pergi ke toilet dengan laptopnya terpasang, saat itu tangannya lincah memindah masuk video private itu. 

Hanya setelah dua tahun, setelah Airil pergi meninggalkan Rina, dia melancarkan serangan psikologi itu. 

Hebat ! Insan ini masih layakkah dipanggil sahabat.. penuh mistik, penuh helah, penuh kepuraan. Yang penting, dimata Arina dia lah sahabat sejati.  Masih suci pada mata Arina. 

Berderai lagi ketawanya. 

No comments:

Post a Comment