Friday 1 November 2013

#3- Laila



Tepat jam 10.49 am. Kusut masai. Rambut menggerbang malah bukan setakat tersekat di skala enam lagi. Skala ritcher pon buleh !

Anak dara satu ney. Masih berguling di atas katil diraja walau mata telah lama diterjah sinar suria.

 Laila menggeliat. Malas. Macam kucing Parsi baru lepas mandi pon ada juga gaya rambutnya.

Novel Chen Rak Ter ini memang menarik dibaca. Belum habis lagi. Ada lagi separuh daripada novel ini yg belum di jengah.

Bip bip !

Satu pesanan dari rangkaian aplikasi yg sedang menigkat naik ratingnya-BBM menyusup masuk ke telefonnya.

'' Hang out today ? ''- Daun Hijau

''Where?'' - Laila

''Anywhere as u want to go, today is your day dear ''- Daun Hijau

''Ok ! '' Pendek Laila balas.

'' Get ready. i'll pick u up at 11.30. We'll having our lunch too. :)  '' -Daun Hijau

Terbuntang mata Laila. Sebelas ! Berapa minit aje pon nak bersiap.

Laila bingkas bangun. Masuk hari ini lebih kurang dua bulan sudah dia berkawan rapat dengan Daun Hijau.

Pada dia, Daun Hijau itu sememangnya nampak nakal dan playboy dari luarannya, tetapi, sikapnya yang gentleman sememangnya mudah mencairkan dia.

Laila segera ke kamar mandi. Dia harus cepat. Tak mahu Daun Hijau menunggunya lama nanti. Perempuan bersiap. Faham faham ajelah.

Dia mengenakan syampoo di kepala sambil menyanyi kecil. Hati berbunga riang. Taklah mati kebosanan sendirian di rumah.

Mama hari ney masih sama. .  Semakin sibuk mama. Hari ini juga ada majlis perasmian untuk anak syarikat mama yang baru di Ipoh. JAdi mama bermalam di sana. Dia sendiri yang tidak mahu mengikuti mamanya kesana.

Katanya tidak seronok padahal dia sudah ada agenda tersendiri bersama Daun Hijau.

Selesai mandi, Laila memilih peplum hijau polos dan jeans hitam straight cut. Dia memilih shawl berwarna jingga kekuningan bersulamkan bunga kecil berwarna hijau untuk dipadankan bersama.


Sambil menunggu rambtunya kering, Laila mengenakan make up. Dia sentiasa memilih warna natural untuk digayakan kerana tak mahu kelihatan keterlaluan.

Akhir sekali setelah pipi dioles merah jambu lembut, Laila mengenakan lip balm berwarna pich untuk kelihatan catchy. Untuk mata, Laila sekadar mengoles celak coklat gelap dan sedikit pembayang mata untuk kelihatan segar.

Setelah itu, dia mengenakan shawl dengan gaya sederhana. Tidak pula dia berlilit lilit umpama mayat hendak dikapankan. Sememangnya sederhana itu cukup baik. Bahkan LAila kelihatan sungguh ayu dalam kesederhanan itu.

Dia mengambil tas tangan kecil sekadar untuk pelengkap gaya dan memasukkan purse ke dalam. Handphone pula lebih senang jika dipegang.

Kedengaran enjin kereta Hijau Daun di depan pagar rumah. Laila mengambil kunci rumah dan memilih heels coklat terang. dalam hati , mujurlah sempat dia bersiap.

''ANd, where are we going to ?''

'' Awaklah pilih. Awak yg ajak tadi kan,'' LAila berbasa basi. 

Orang mengajak, takkanlah dia pula beriya iya memilih tempat. 

'' Herm, Pavillion ?''

''Bolehlah.'' 

PAvillion. Tempat budak budak baru nak naik. Dress up pelik pelik. Tapi kat situ tak pelik. Yang pelik kalau ada yang masih dgn seluar slack dan bersandal.

Rambut sisir tepi, tak pelik. Cermin mata bulat, tak pelik. Butang baju sampai atas, macam tak boleh bernafas pon tak pelik. Pakai but dalam mall pon tak pelik ! Serius tak pelik !

Itu dikatakan up to date. PAdahal itu gaya datuk nenek moyang diorang dulu. Bengap tak sudah bebudak sekarang.

Seluar singkat itu biasa. KAdang kadang rasa diorang ney nak pergi sawah pon ada. NAk tegur? HAh ! Buang karan ajelah tegur budak budak baru nak naik yang tukang perabih duit mak ayah ney.

Laila melihat si Daun Hijau yang sedang memandu disebelah. Memang sama gaya pakaiannya dengna budak budak Pavillion tu . Tapi, dia hensem...owhh... Laila, Stop it ! Kang kau malu sendiri kalau dia perasan hang dok tenung dia.

'' Am i that handsome?'' 
''Huh?'' Soal Laila kebingungan.

'' Nampak macam orang tu tadi asyik sgt tengok ciptaan Ilahi yang indah ney,'' Daun Hijau menyakat.

Alamak ! kan dah kata  tadi !  Muka Laila dipalit merah, malu.

'' MAna ada lah. Saya tengok view sebelah sana tadi'', Laila menutup malu.

'' And does it take too long for it?'' Daun Hijau kenyit mata.

'' Iyalah, tengok tengok jalan sebelah sana. Mana tahu ada lubang, boleh buat aduan suruh tampal ''.

Berderai ketawa Daun Hijau. Laila memanggilnya Khan. Dia yang bubuh nama tu. Panjang sangat katanya. Iyalah kalau dah nama tiga empat suku kata, tak ke panjang.

'' Putera Khairil  Rizwan ''

Amboi nama kau ! kellasss ! Laila mengimbau saat pertama kali mereka berjumpa.

'' Saya patot panggil awak apa? Daun? Malu pulak nak terjerit jerit Daun kat sini. kang orang kata saya ney bini tarzan, duduk dalam hutan. Smpai pergi ke mall pon daun daun lagi..''

Meledak ketawa Khan saat Laila mengajukan pertanyaan.  Budak ini, polos betol. tanya tak berlapik. Straight to the point. Getus Khairil Rizwan.

'' Up to U Laila ''
'' Eh, saya tanya awak, awak suruh saya fikir sendiri pulak. ''

Lasr last, Khan aje dipanggilnya. katanya itu gabungan kedua nama Khan. Biar adil.

Laila senyum sendiri teringat kembali. Dia sendiri pon tak paham dengan mamat sebelah ney. Setahunya, dia tak melawak pon ,mamat itu yang ada sindrom ketawa.










No comments:

Post a Comment