Saturday 2 November 2013

Mimpi dalam Mimpi


''Arghh !! Bangsat ! ''

Aqil mengurut-urut tengkuknya yang seakan kejang dan tegang.  Urat matanya memerah.

'Kenapa sekarang kau datang bangkai ' desus Aqil seorang.

Writer's block. Kau tahu apa itu ?

Itu sindrom paling digeruni para penulis sekalian alam. Saat dateline semakin menghimpit, saat bos menerjah, saat kepala terasa berpinar- pinar ,saat itu juga dia datang.

Dia menghentak cawan berisi nescafe panas.

''Habes secawan air aku pon masih kau ganggu aku ? Kau boleh blah ! ''

Aqil persis orang hilang akal saat ini. Status penulis kegemaran Malaysia benar-benar menyesakkan kepalanya.

Mana mungkin seorang penulis hebat putus idea. Mana mungkin style 1 novel 1 bulan akan tercemar kali ini. Tak mungkin ! Tak mungkin !

'' Bro, i guest, u better take a rest first. Go and find yourself back '' , Amran bersuara. Resah juga melihat kawannya seakan hilang akal itu.

Aqil merenung tajam. Senak jugak perut Amran ditenung gitu.

Aqil tunduk. Merenung lama meja yg kian berhabuk. Matanya berat. Memerah dan berair.

''Aqil ! Aqil ! ''

Aqil menenyeh matanya.

' Sampah mana pulak kacau ney ! Buta apa aku tidur? !' Bengang dikejutkan.

Makhluk apakah ini? Kenapa berselubung di Malaysia? Malaysia panas tahu 'desis Aqil.

Aqil cuba menerobos ke wajah itu. Gagal. Gelap sahaja.

'' Okay enough ! Kau siapa and what do u want from me?'' Soal Aqil agak bengang.

Makhluk itu tidak menjawab. Sebaliknya mengambil tempat disebelah Aqil dan mula menekan nekan papan kekunci.

Aqil semakin hairan. Sudahlah tak kenal, selamba hati aje guna komputer aku. Hey ! kau tahu tak aku siapa?
Aku  Aqil Mumtaz, penulis terkenal Malaysia ! Satu malaysia tunduk hormat pada aku. Siapa kau ini?

Aqil pelik . Bertambah pelik apabila dia hanya sekadar memerhati segala perbuatan makhluk itu walau hatinya meronta ingin menghalang perbuatan makhluk aneh itu.

'' Kau tahu aku siapa?'' garau memecah sunyi suara makhluk itu.

Kecut perut Aqil. Diam. Bisu. Seperti mahu terkencing dia saat itu.

Seraya itu makhluk itu berpaling. Masih gelap dan kelam. Aqil terketar ketar. Kerongkong terasa seakan tersekat. Mahu memekik tapi makhluk itu lebih pantas mencekam wajahnya.

Terasa seperti dicucuk garfu pipinya saat makhluk itu mencengkamnya. Sakit bukan kepalang.

Jelas terlihat darah merah mengalir melalui celah jari kurus makhluk itu. Makhluk itu menjilat jarinya yang merah, basah.

Aqil semakin menggila. Dia meronta sekuat hati. serentak itu, makhluk itu melemparnya ke dinding.

'' Harghhhhh !!!! ''

Tercungap cungap Aqil. Peluh membasahi tubuhnya. Matanya membuntang. Terbelalak.

 Mimpi? Mimpi kah? Aqil bertenang. Dadanya masih berombak kencang. mimpi itu seperti betul betul terjadi.

Tubuh badannya sakit seperti baru lepas bertarung semalaman.

Dia melihat sekeliling. Satu hela nafas berat dilepaskan. Baru dia teringat. Semalam dia memerah idea sehingga pada akhirnya dia mengalah. Laptopnya terbiar . Terbuka sampai ke pagi.

Dia bangun lambat lambat. Menuju ke meja kecil, tempat biasa dia berkarya.

Sambil menguap dan membetulkan rambutnya, tangannya laju membuka satu demi satu fail lama. Mana tahu ada idea disitu.

Tangannya berhenti. Berkerut mukanya. Seakan cuba mengingati sesuatu.

Satu folder baru. Aneh. Bila dia buat folder ini? Sepertinya tak pernah. Tapi melihat pada tarikh folder tersebut, semakin jelas kerutan itu.

Folder- PASTI , 13 September 2008.

Ini folder 5 tahun lepas. semakin pelik.

'Ah, mungkin aku terlupa kali' Aqil menyedapkan hatinya sendiri.

Dia menekan masuk ke folder itu.

Satu folder menempatkan cerpen bertajuk Pasti. Dia tidak pasti bila dia karang cerpen ini.

Laju dia membaca. MAtanya tidak bergerak. Wajah kelihatan terkejut. Tangan menggeletar.

Cerpen ini sama malah tidak ada bezanya dengan peristiwa mimpi dia semalam. Dia ketakutan lalu dengan laju menutup laptopnya.

Matanya melilau. Mana ada sesiapa disini Dia menyewa apartmen ini sendiri. Tidak berkongsi. Mustahil ada yang memasukkan cerpen ini. Malah tidak logik langsung kalau dia yang menulisnya

Dia baru sahaja  bangun dari tidur. Tapi mimpi itu telah diterjemah masuk kedalam bentuk penulisan. Ini bukan zaman maju. Belum masa depan lagi. Belum ada lagi alat seumpama itu untuk menterjemah bentuk mimpi ke dalam tulisan.

Dia semakin ketakutan. Jalannya semakin terhuyung hayang. Rebah. Dia rebah menyembah bumi.

Bip bip bip !!

Aqil tersedar. Terpisat pisat matanya.

'Ah dah subuh', dia menggeliat malas. Digagahi juga untuk bersiap menunaikan fardhu subuh dan ke tempat kerja.

Sambil tersenyum, dia menuju ke bilik air. Dia sudah ada idea untuk novelnya kali ini. Pasti. Novel thriller hasil dari mimpinya diterjemah masuk ke bentuk novel. Hatinya senang.  tidak perasan ada sepasang mata memandang. Yang pasti ini bukan halusinasi.


No comments:

Post a Comment