Monday, 11 March 2013

Kemarahan Pertama Di Petaling Jaya

1.03 am,9/3/13

" Ja,kau settle kek, aku settle tempat. Pastu pg btaw abg plan ney, faham? "
 Akak aku mesej.

Terpisat-pisat mata aku bace. dalam ngntok dan keadaan serba serbi letih,aku  terdiam. (Baru balek dari ICT,Shah Alam.)

' Mane aku nak cekau kek ney? ' ,getus hati.

'Takpelah,ade ney kat memane '. Sedapkan aty sendiri.


AKu balas mesej akak. Mintak full plan. Senang aku nak plan waktu dan tempat nak beli kek.


Lepas bace ala kadar plan dy, aku tidur dlm keadaan tak lena. Risau. Seriau otak dgn plan akak aku. Seriously, dy terer anatomy, tp bukan dalam bab plan2 ney. 


Esoknyer...

Akak  mesej lg:

" Nanti kawan aku amek kau. pergi beli kek kat Permaisuri. 10.30 dy datang"

Aku biar tak berbalas. Malas. Ikotkan jela.

Dipendekkan cerita, aku xjumpa satu kedai kek pon kat situ. Hawau betol!
Aty da start panas.  PAstu patah balek g mid. Dan aku pon xjd beli kek,sebab kat situ takde kek feveret parents aku. So aku g beli Big Apple jek.

Akak tepon:

" Ja, tak jadi mid. pergi titiwangsa". 

Pup! teros letak fon.

Aku da panas. Penat. Serba salah. Aku bawak anak orang. Bukan anak unta la gile. AKu jerit dlm aty. Si gila ney da tunjuk perangai sewel dy da. Sesuka aty nenek dy nak ubah plan.


Aku ney menumpang kete owg, bukan drive sndiri. Sumpah seranah da start dalam aty. Darah tersirap sampai otak.

Aku tgk muke kawan aku da aneh aje. Dia da penat. Aku tahu. Argh! Tolol jemah ney !!

ok fine! pergi titiwangsa. Aku call hantu dua ekor tu. Dyowg dtg,pergi ke tempat parking.

Then the most 'AWESOME' part of the day is, dyowg tak egt mane dyowg parking kereta !

Yes! First time aku berdepan situasi paleng bangang dalam hidup aku. Tak pernah seumur hidup aku JALAN CARI KERETA KT PARKING !! 

akU BERSABAR LAGI. tAKPE, aku pergi cari. Langsung takde hint. Ok,ini cukup bodoh dan bangang.(maaf krn mencarot). 

Tahap sabar da kat puncak.

Tetibe...akak call lagi..



" Weh, ney ape kebende lambat noh ney?! Cepat la siket. MA,Ayah da tunggu lg tadi."

Dia marah aku ? Ini melampau ! Darah aku da masok kat semua salur otak. Panas !

Aku pon terhambur  kata2 tak senonoh lagi kurang sopan. Celaka! Dia yg salah, marah aku. Atok dia!

Air mata toksah kate, meleleh,terpercik-percik sane sini. Geram tahap 8! 


Bermula dgn jumpa hantu jembalang mane tah dy anto kat aku, cari kedai kek tak jumpa, penat, cari kereta tak jumpa, serba salah kat kawan, dan bila digabungkan hanya cacian dan makian yg tak mampu  diterjemahkan aje yg keluar dari mulut ! 


Tapi itu semua tak sampai 5% pon kemarahan sebenar aku. Aku maseh mampu berfikir dgn waras. Thats public place ! Aku pujuk diri sendiri.

But Alhamdulillah, aku dapat jumpe family aku ahernya. And thats  the best part ever! 

Saturday, 2 February 2013





akhirnya... apa yang aku takuti telah benar2 terjadi.

tak sangka.. tak terduga.. tak terjangka..

dalam usia sekangkang kera ini..

dalam umur yang masih hijau lagi..



sungguh..aku benar2 terduga kali ini..



tak kusangka..

pening2 lalat yang ku rasa..

kepala pusing..

tekak loya . .

rasa berpinar dan mahu pitam

dan..

badan seperti dihentam beluti ini..

ternyata adalah ujian dari Ilahi..

Ujian berat seberat bumi..




aku...

sah!

barah darah tahap 3...




patotla senang sangat penyakit  datang bertandang..

ku fikir hanya kerana kurang zat dan rehat..


tapi, semua yg datang itu padaNya..

maka,padaNya jualah aku kembali..




'' sesungguhnya,,solatku, ibadahku, 
hidup dan matiku,
hanya untukMu
Ya Allah ''







Tiara mengakhiri  bait2 ayat diarinya. Dia redha akan segalanya. 

Tenang. Lapang.

Dia menutup perlahan matanya sambil bibirnya mengucapkan 

kalimah2 suci memuji penciptanya.




Friday, 25 January 2013

Diari Ayah

Tia merengek. Menghentak-hentak kaki ke lantai. Bising. 

Ayah dengan sabar memujuk. Lama dipujuk tapi masih tak berjaya.

Tia masih merengek. Semakin kuat rengekannya.

Ayah akhirnya capai juga anak patung itu.Anak patung berbaju pink sebesar saiz bayi 2 bulan yang Tia nak.

Tia tidak mahu anak patung murah yg ayah beri. Dia tetap mahu yg besar itu. 

Ayah merenung ke dompet kempis. Mengira-ngira bagaimana mahu menampung makan tghari nnt kalau patung ini dibeli. Harga patung ini umpama belanja makan untuk seminggu.

Akhirnya,ayah ambil dan pergi ke kaunter bayaran. Anak patung bertukar milik. Tia senyum lebar.

Ayah senyum sekali. Tentang duit makan nanti, ayah akan usaha lebih untuk tampung semula belanja yg terlebih hari ini. 

Takpe,ayah bahagia kalau Tia pon gembira. Ayah tak kesah.

________________________________________________________________________________

Tia merengek lagi. 

Kali ini minta dibeli telefon bimbit berkamera 12 megapixels dgn harga RM 1560. 

Ayah diam. Terkedu.

HArga telefon itu sudah sama dgn gaji ayah sebulan. 

Ayah pening. Sesak kepala.

Tia tinggikan suara. Katanya ayah sudah tidak sayang Tia lagi. Tia berlalu dgn hentakan kaki yg sengaja dibuat-buat. 

Ayah membuat kira-kira ditgh malam. Menghitung perbelanjaan yg semakin meningkat. Bil air, bil elektrik, ,sewa rumah,sewa kereta,belanja isi rumah,belanja untuk Tia,duit sekolah Tia. 

Ayah diam. Melihat kearah buku simpanan bank. Duit yg disimpan khas utk pergi ke Mekah selama ini dikeluarkan sedikit.

Ayah pergi beli telefon yg Tia nak. Warna putih berkilat. Siap dgn segala aksesori tambahan. Ayah senyum bahagia. Tia pasti suka. 

Ayah menhulur pada Tia dgn penuh kasih syg. Tia ambil dan berlalu tanpa ucap apa-apa. Tanpa melihat pada ayah.

Takpe,ayah tahu Tia tgh gembira. Ayah pon.

____________________________________________________________________________


ayah rasa tak sihat. 

Sakit-sakit badan,urat. Badan ayah panas. 

Ayah takde selera nak makan. Nak bangun pon terketar-ketar. Ayah tak larat.

Ayah dahaga.  Ayah panggil Tia. Minta ambilkan air.

Tia pura-pura tak dgr. Tia sumbat telinga dgn earphone.

Ayah panggil lagi. Sedikit kuat dari tadi.

Tia rimas. Merengus kasar. membaling earphone ke sofa. melangkah dgn wajah bengis.

Tia merungut. Menghulur kpd ayah segelas air dgn sedikit percikan terkena pada wajah ayah. Tanda Tia marah. 

Tia berlalu pergi. Mata ayah panas. Bergenang dgn kelopak jernih. 

Ayah tahu Tia penat. Tp ayah takde niat nak susahkan Tia. Percayalah,ayah benar2 tak larat.

________________________________________________________________________________

Hari ini Tia senyum lebar. Tia bahagia. 

Hari ini Tia sudah  bergelar isteri kepada seseorang. Ayah senang. Tenang.

Ayah keluarkan semua duit simpanan utk kenduri kahwin Tia. 

Tiada sesalan yg keluar. Habis semua dalam bank.

Ayah tak kisah, asalkan Tia gembira. Itu sudah cukup menggembirakan hati tua ayah. 

Tapi, Tia masih tak ucap apa2 pada ayah. Tia tidak menymbut pelukan taniah ayah tadi. Tia tidak makan sama dgn ayah tadi. Tia tak suapkan nasi pada ayah pon tadi. Tia tak dtg jeguk ayah sebelum nak tidur. 

Ayah tak boleh teman Tia tidur mcm dulu lg walaupon Tia tak pernah tahu yg ayah selalu usap lembut ubun2 Tia tiap malam. . Ayah kucup pipi Tia. Tak pernah rasa jemu.

Tp,ayah paham. Mungkin Tia penat.

______________________________________________________________________________


Sudah lama Tia tidak jenguk ayah. Telefon pon dah tak lagi.

Ayah rindu. 

Ayah telefon Tia. Tapi Tia dah tukar nombor. Ayah rindu sgt.

Ayah ambil anak patung besar berbaju pink. Ayah peluk erat. Ayah anggap itu Tia.

Dah lama ayah tak peluk Tia. dah lama ayah tak usap kepala Tia.

Mata ayah panas lagi. Ayah biarkan mutiara itu mengalir. Ayah harap dapat ubat rindu ayah.

Ayah menggigil sejuk. Ayah demam. BAtuk tua kedengaran. Dada ayah sesak. Nafas ayah tersekat-sekat.

Ayah ambil gambar Tia. Letak erat didada. 

Kalimah syahadah diucap lemah. Ayah menutup mata perlahan. Gambar masih erat ditangan.

Ayah sudah tidak larat lagi. Ayah harap Tia datang dan peluk Ayah. Ayah mengimbas memori dulu. ayah senyum. Selepas itu, ayah tidur. Tidur dan tak mungkin sedar lagi.

Tia masih tak datang. Takpe. Tia sibuk uruskan keluarga.

Ayah cuma harap Tia tak lupa beri doa pada ayah hari2. Ayah harap Tia dapat lunaskan impian akhir ayah.

Ayah teringin nak pergi Mekah. Tapi tak kesampaian. Ayah harap pada Tia aje.

______________________________________________________________________________


Ayah boleh tengok Tia dari jauh sekarang.  

Ayah nak Tia tahu, walaupon ayah da tkde kat sisi Tia,tapi kasih syg ayah tetap mengalir laju utk Tia. 

Percayalah, Ayah sayang Tia sangat2.


**************************************************************************





buat seluruh keluargaku yang tercinta:

ampunkan segala kesalahanku dari hujung rambut hingga hujung nyawa.

halalkan segalanya yg dicurah untuk diri ini selama ini.

redhakan segala perbuatanku.

doakanku dari jauh. 

itu sahaja pintaku.

aku sayang kalian. 



                  

                                -Faeizah Don-















Thursday, 10 January 2013


pentas dunia rancak bertari.  segenapku memerhati lakonan para manusia.  manusia bertopengkan kilauan kebaikan palsu, bicara lembut penuh sembilu.


ah,tipu semuanya! hipokrit ! sudah  tiada  sekelumit  rasa percaya tersimpan untuk mereka.  hati tawar setawarnya.. kalau di uji dgn kertas litmus,  pasti kertas itu mempamerkan warna pink, warna neutral !


semakin berlalu hari, semakin terseksa jiwa raga. beratapkan emosi kacau bilau berdindingkan senyuman palsu hariku berlalu.  


semuanya dilakonkan dgn penuh sempurna demi menjaga sekeping hati manusia paranoid yang hanya tahu tentang dirinya sahaja. langsung tidak pernah terlintas sejenak di lubuk hati mereka bahawa ada insan yang penuh selaput duka. bukalah mata!



insan yang seringkali  membuatmu tertawa itu adalah insan yang paling banyak menitisan air mata. hanya kau yang tidak pernah mengerti garis-garis luka yang terbit kerna dgn kemas ditutupi agar  hatimu terjaga.



bila pulak kau yang akan menggantikan tempat itu?  bertanyakan padaku apa yang seringkali aku bertanyakan padamu.


 bila pulak kau yang akan  ada disisi saat aku jatuh? menggapai tangan, dipimpin kemas, menuntunku kejalan yang luas penuh kebahagiaan?? bila?


 bila pula kau yang akan bertanya," da makankah awak? sihatkah awak? ada masalahkah awak?



tapi itu semua pasti takkan berlaku. kau ada disampingku bila mana hanya kau perlu.. bukan bila aku perlu. aku tak kisah semua itu. aku tutup mata, keraskan jiwa, belakangkan segalanya demi kasih yang tak bertepi. 



sungguh aku boleh saja tinggalkan kau terkapar-kapar sendirian. menyorokkan tangan saat kau memerlukan. tapi aku bukan tergolong dalam manusia itu. bukan ! 


takpe.. aku pasti tunggu saat semua itu berlaku walau aku sendiri tidak tahu bilakan tiba waktu itu.



Monday, 7 January 2013

CEBISAN KATA BUAT KARMA

     
* sila mainkan lagu ini ketika membaca...






      Saban hari aku memerhatikan gerak- geri manusia. meneliti setiap garis di wajah . merenung ke anak mata, cuba mentafsir segenap rasa.



     Aku bukan ahi nujum, jauh sekali si tukang tilik, apatah lagi mempunyai kuasa dalaman yang istimewa. tapi dari raut wajah itu, tergambar seribu satu rasa yang sukar diterjemahkan.



     Aku mencuri pandang lagi ke arahmu,Karma. Ah, wajah itu, dirundung rasa mendung tetapi sedaya upaya kau cuba tutupi dengan deretan gigimu yang comel. 


    Aku tahu apa yang bermain dibenakmu. Aku tahu kau sembunyikan sesuatu. Tetapi, untuk bertanyakan itu padamu, aku tak mampu. nanti kau dan aku sama-sama ditenggelami manik jernih.


    Tak apalah Karma, aku hanya mampu merenungmu dari jauh. Aku harap kau tidak akan terus bersenandung dibawah sendu. Kau masih punya aku, dan mereka yang masih lagi menyayangimu. Usah biar kolam matamu basah lagi. Jangan rembeskan mutiara jernih lagi. 


     Ingin sekali aku nyanyikan lagu ini padamu. aku yang menciptanya saat melihat kearahmu. 





LANGIT CERAH BERLATAR MENTARI

AWAN MENDUNG BERLALU PERGI

SEPERTI JUGA HATIMU INI

KADANG KELAM KADANG DISINARI...


PINTAKU OH KEPADAMU

CERIALAH,CERIA SELALU

JANGAN TUTUP LESUNG PIPITMU

JANGAN TUTUP KECOMELANMU....


OH,, 
AKU DISINI MENDENGAR LUAHAN HATI

CERITAKAN SEGALANYA PADAKU KASIH

KU TETAP SETIA BERADA DISAMPINGMU

MENJADI PENGGALAS BAHU UNTUKMU...


LUAHKAN SEGALANYA PADAKU TEMAN

AKU DISINI MENDENGARKAN SUARAMU

AKU KAN SETIA MENEMANI HARIMU

TEMPUHI SEGALANYA BERSAMAKU..



TEMPUHI SEGALANYA BERSAMAKU....



Ku tujukan khas untuk sahabatku,Karma.
semoga berbahagia selalu...









Monday, 31 December 2012

TAHUN BARU, SEMANGAT BARU, AZAM BARU !!!

ASSALAMUALAIKUM...

Saat ini, berlalulah sudah tahun 2012. muncul pulak tahun 2013. maka xdapat nak dinafikan lagi, usiaku menginjak lg setahun. oh,,saya sudah tua nampaknya~

saat ini juga,berdentam-dentum bunyi disana-sini. percikan api yg berwrna-warni menghiasi langit malam. Cantiknyerr!!!!! =')

saat ini juga, aku sdg busy melayan rasa hati yg rawan. rasa syukur krna dpnjgkan usia, rasa teruja dgn tahun baru..tapi xdapat nak nafikan rasa sedih kerana jauh disisi keluargaku.

Walaupon tahun2 dulu mmg aku smbot dpn tv jek,tp at least ade family disisi. tp saat ini,aku bersendirian menonton percikan bunga api tanpa perasaan. sayu! saya rindu family saya. =''(

ah,pedulikan semua tu.

so,ape azam tahun baru??

'' i nak beli Mercedes yg the latest tu. Oh,speechless i jdnya tgk body dy yg sporty tu. tak sabarnya!! "

'' aku nak kurus tahun ni. Harus!!! "

" aku nak simpan duet byk2. kot2 ler jd milionare kan, kelas gituuu!! "

tak kesah lar ape azam tahun baru korang, tapi make sure tertunaila hendaknye ye.jgn hangat-hangat najis itik pulak jdnyer..haha!!

jadi,semoga berbahagia selalu. dan yg paling penting, semoga kita semua mnjadi lebih baik dpd sebelumnya. insyaAllah..

                                                             Happy New Year!! =)



KEMANA TUMPAHNYA KUAH KALAU TAK KE NASI~

********************************************************************************
12 JUN 1977

last 2 days,,aku pergi bersuka ria,mengenal erti hidup yg bebas tanpa sebarang masalah~   aku pergi joging dgn member aku- J, K & L.

aku adalah antara org yg paling bsemangat bile dpt taw dyowg nk pg joging. da lame aku tahan kaki  woo. rindu nak lari tergedik-gedik ala-ala BARBIE VERSI MALAYSIA~ Hewhew..

so,plan A dimulakan.pegi guna shortcut yg abes shortcut lar ney. nk save energy. nak main lari2 kot,, nnti da pnt,nk lari cmne,lari dlm guni??hikhik!

alhamdulillah. selamat tiba ke destinasi. apalagi,,mulalah kitowg lari cm org kene sampuk.

 1 round,steady lg. 1 stengah round,,bukaan lubang hidung da semakin besar.. round kedua, lubang mulut & hidung da lebih kurang sama je besarnya, dgn harapan semua oksigen masok dgn lancar ke dlm bdn..moge2 cerdasla hendaknya otak ney~ =D

dua setengah round.... ''J, jom kita pergi situ nak x??'' aku brtnye dgn penuh dedikasi,dgn harapan dapat mnutup klemahan stamina aku.

J dgn muka merah ala-ala udang bakar laju mengangguk kepala. yes! so easy~ maka,berlalulah kami dari laluan joging sambil melemparkan pandangan penuh hina kat situ. maklumlah,trek ney berjaya mencabar kitorang~

umpama kerbau terlepas ke lumpur,aku & J sgt teruja mncuba sgala peralatan kat situ. oww yeahh!!! kiri,kanan,,depan,,belakang.. goyangkan badan anda..hahahhh!!

tgh aku leka mengayuh bende tu,tetiba mata aku tertancap kepada satu susuk tubuh. mcm aku kenal je jebeng ney. for sure,aku xalihkan sikit pon pndangan dari dy. sekilas bila dy pusing....
.
..zzzaapp!!!! dupp dapp...dupp dapp. fuhhh..tarik nafas Jemah.slowly girl.. rase cam da habis darah aku kne sedut ngn pasir kat situ !

dari muka sampai ke badan,,sama!! sama sgt!! ya Allah,,knapela waktu2 bgini aku jmpe bnde serupa ney. muka da ala2 zombie aku ney. jmpe pulak pelanduk dua serupa.

that guy is exactly the same dgn Abu!! samanyela haii.. aku terkedu..sampai speechless jdnya. aku xmampu nak alihkan mata dari dy. hati pedih,,rase sesak kepala otak,hati,nafas ..dan segala bagainye lar.. kaki tetiba jek jd lembut mcm sotong.

mungkin da lame sgt aku tenung dy,awek dy pon terkedek-kedek dtg. jeleous lettew.!! humphh.. da ade girlfriend rupenya. cantik pulak tu. untungla~

tapi,,masalah skrg ialah,, adakah dy Abu yg aku tunggu selama ney?? jenjengjeng!!
sedih, sayu nth apelg rase pon aku da xtaw nk terjemahkan.. aku mengaku yg aku mmg sgt setia orgnya. there's no one else except him inside my heart.

lame da sy tunggu awk Abu. sampai hati  buat sy begini. . yg sy taw,sy akan tetap tnggu awk wlupon satu hari nnt awk dtg dgn anak isteri awk =(

setiap hari saya.....  .....................

******************************************************************************

bunyi derapan tapak kaki mematikan bacaan Siti. dgn pantas dy meletakkan balik diari coklat milik ibunya didlm laci.

dgn muka suci,dy melangkah keluar dari bilik ibunya seolah-olah tiada apa yg berlaku.

     "Siti, da siap kemas bilik ibu?, tanya Makcik Jemah kpd anaknya.

     "Da mak", jawab Siti penuh santun seraya berlalu.

Sebaik tiba di biliknya, Siti mengeluarkan diari ungunya.

di antare catatannya hari itu adalah:

         '' aku ingatkan hanya aku sorang jek yg mngalami situasi cmni. rupenye mak aku pon    
                      sama. bolehla kongsi ngn mak pasney,"  

                                                  =D