Friday, 25 January 2013

Diari Ayah

Tia merengek. Menghentak-hentak kaki ke lantai. Bising. 

Ayah dengan sabar memujuk. Lama dipujuk tapi masih tak berjaya.

Tia masih merengek. Semakin kuat rengekannya.

Ayah akhirnya capai juga anak patung itu.Anak patung berbaju pink sebesar saiz bayi 2 bulan yang Tia nak.

Tia tidak mahu anak patung murah yg ayah beri. Dia tetap mahu yg besar itu. 

Ayah merenung ke dompet kempis. Mengira-ngira bagaimana mahu menampung makan tghari nnt kalau patung ini dibeli. Harga patung ini umpama belanja makan untuk seminggu.

Akhirnya,ayah ambil dan pergi ke kaunter bayaran. Anak patung bertukar milik. Tia senyum lebar.

Ayah senyum sekali. Tentang duit makan nanti, ayah akan usaha lebih untuk tampung semula belanja yg terlebih hari ini. 

Takpe,ayah bahagia kalau Tia pon gembira. Ayah tak kesah.

________________________________________________________________________________

Tia merengek lagi. 

Kali ini minta dibeli telefon bimbit berkamera 12 megapixels dgn harga RM 1560. 

Ayah diam. Terkedu.

HArga telefon itu sudah sama dgn gaji ayah sebulan. 

Ayah pening. Sesak kepala.

Tia tinggikan suara. Katanya ayah sudah tidak sayang Tia lagi. Tia berlalu dgn hentakan kaki yg sengaja dibuat-buat. 

Ayah membuat kira-kira ditgh malam. Menghitung perbelanjaan yg semakin meningkat. Bil air, bil elektrik, ,sewa rumah,sewa kereta,belanja isi rumah,belanja untuk Tia,duit sekolah Tia. 

Ayah diam. Melihat kearah buku simpanan bank. Duit yg disimpan khas utk pergi ke Mekah selama ini dikeluarkan sedikit.

Ayah pergi beli telefon yg Tia nak. Warna putih berkilat. Siap dgn segala aksesori tambahan. Ayah senyum bahagia. Tia pasti suka. 

Ayah menhulur pada Tia dgn penuh kasih syg. Tia ambil dan berlalu tanpa ucap apa-apa. Tanpa melihat pada ayah.

Takpe,ayah tahu Tia tgh gembira. Ayah pon.

____________________________________________________________________________


ayah rasa tak sihat. 

Sakit-sakit badan,urat. Badan ayah panas. 

Ayah takde selera nak makan. Nak bangun pon terketar-ketar. Ayah tak larat.

Ayah dahaga.  Ayah panggil Tia. Minta ambilkan air.

Tia pura-pura tak dgr. Tia sumbat telinga dgn earphone.

Ayah panggil lagi. Sedikit kuat dari tadi.

Tia rimas. Merengus kasar. membaling earphone ke sofa. melangkah dgn wajah bengis.

Tia merungut. Menghulur kpd ayah segelas air dgn sedikit percikan terkena pada wajah ayah. Tanda Tia marah. 

Tia berlalu pergi. Mata ayah panas. Bergenang dgn kelopak jernih. 

Ayah tahu Tia penat. Tp ayah takde niat nak susahkan Tia. Percayalah,ayah benar2 tak larat.

________________________________________________________________________________

Hari ini Tia senyum lebar. Tia bahagia. 

Hari ini Tia sudah  bergelar isteri kepada seseorang. Ayah senang. Tenang.

Ayah keluarkan semua duit simpanan utk kenduri kahwin Tia. 

Tiada sesalan yg keluar. Habis semua dalam bank.

Ayah tak kisah, asalkan Tia gembira. Itu sudah cukup menggembirakan hati tua ayah. 

Tapi, Tia masih tak ucap apa2 pada ayah. Tia tidak menymbut pelukan taniah ayah tadi. Tia tidak makan sama dgn ayah tadi. Tia tak suapkan nasi pada ayah pon tadi. Tia tak dtg jeguk ayah sebelum nak tidur. 

Ayah tak boleh teman Tia tidur mcm dulu lg walaupon Tia tak pernah tahu yg ayah selalu usap lembut ubun2 Tia tiap malam. . Ayah kucup pipi Tia. Tak pernah rasa jemu.

Tp,ayah paham. Mungkin Tia penat.

______________________________________________________________________________


Sudah lama Tia tidak jenguk ayah. Telefon pon dah tak lagi.

Ayah rindu. 

Ayah telefon Tia. Tapi Tia dah tukar nombor. Ayah rindu sgt.

Ayah ambil anak patung besar berbaju pink. Ayah peluk erat. Ayah anggap itu Tia.

Dah lama ayah tak peluk Tia. dah lama ayah tak usap kepala Tia.

Mata ayah panas lagi. Ayah biarkan mutiara itu mengalir. Ayah harap dapat ubat rindu ayah.

Ayah menggigil sejuk. Ayah demam. BAtuk tua kedengaran. Dada ayah sesak. Nafas ayah tersekat-sekat.

Ayah ambil gambar Tia. Letak erat didada. 

Kalimah syahadah diucap lemah. Ayah menutup mata perlahan. Gambar masih erat ditangan.

Ayah sudah tidak larat lagi. Ayah harap Tia datang dan peluk Ayah. Ayah mengimbas memori dulu. ayah senyum. Selepas itu, ayah tidur. Tidur dan tak mungkin sedar lagi.

Tia masih tak datang. Takpe. Tia sibuk uruskan keluarga.

Ayah cuma harap Tia tak lupa beri doa pada ayah hari2. Ayah harap Tia dapat lunaskan impian akhir ayah.

Ayah teringin nak pergi Mekah. Tapi tak kesampaian. Ayah harap pada Tia aje.

______________________________________________________________________________


Ayah boleh tengok Tia dari jauh sekarang.  

Ayah nak Tia tahu, walaupon ayah da tkde kat sisi Tia,tapi kasih syg ayah tetap mengalir laju utk Tia. 

Percayalah, Ayah sayang Tia sangat2.


**************************************************************************





buat seluruh keluargaku yang tercinta:

ampunkan segala kesalahanku dari hujung rambut hingga hujung nyawa.

halalkan segalanya yg dicurah untuk diri ini selama ini.

redhakan segala perbuatanku.

doakanku dari jauh. 

itu sahaja pintaku.

aku sayang kalian. 



                  

                                -Faeizah Don-















Thursday, 10 January 2013


pentas dunia rancak bertari.  segenapku memerhati lakonan para manusia.  manusia bertopengkan kilauan kebaikan palsu, bicara lembut penuh sembilu.


ah,tipu semuanya! hipokrit ! sudah  tiada  sekelumit  rasa percaya tersimpan untuk mereka.  hati tawar setawarnya.. kalau di uji dgn kertas litmus,  pasti kertas itu mempamerkan warna pink, warna neutral !


semakin berlalu hari, semakin terseksa jiwa raga. beratapkan emosi kacau bilau berdindingkan senyuman palsu hariku berlalu.  


semuanya dilakonkan dgn penuh sempurna demi menjaga sekeping hati manusia paranoid yang hanya tahu tentang dirinya sahaja. langsung tidak pernah terlintas sejenak di lubuk hati mereka bahawa ada insan yang penuh selaput duka. bukalah mata!



insan yang seringkali  membuatmu tertawa itu adalah insan yang paling banyak menitisan air mata. hanya kau yang tidak pernah mengerti garis-garis luka yang terbit kerna dgn kemas ditutupi agar  hatimu terjaga.



bila pulak kau yang akan menggantikan tempat itu?  bertanyakan padaku apa yang seringkali aku bertanyakan padamu.


 bila pulak kau yang akan  ada disisi saat aku jatuh? menggapai tangan, dipimpin kemas, menuntunku kejalan yang luas penuh kebahagiaan?? bila?


 bila pula kau yang akan bertanya," da makankah awak? sihatkah awak? ada masalahkah awak?



tapi itu semua pasti takkan berlaku. kau ada disampingku bila mana hanya kau perlu.. bukan bila aku perlu. aku tak kisah semua itu. aku tutup mata, keraskan jiwa, belakangkan segalanya demi kasih yang tak bertepi. 



sungguh aku boleh saja tinggalkan kau terkapar-kapar sendirian. menyorokkan tangan saat kau memerlukan. tapi aku bukan tergolong dalam manusia itu. bukan ! 


takpe.. aku pasti tunggu saat semua itu berlaku walau aku sendiri tidak tahu bilakan tiba waktu itu.



Monday, 7 January 2013

CEBISAN KATA BUAT KARMA

     
* sila mainkan lagu ini ketika membaca...






      Saban hari aku memerhatikan gerak- geri manusia. meneliti setiap garis di wajah . merenung ke anak mata, cuba mentafsir segenap rasa.



     Aku bukan ahi nujum, jauh sekali si tukang tilik, apatah lagi mempunyai kuasa dalaman yang istimewa. tapi dari raut wajah itu, tergambar seribu satu rasa yang sukar diterjemahkan.



     Aku mencuri pandang lagi ke arahmu,Karma. Ah, wajah itu, dirundung rasa mendung tetapi sedaya upaya kau cuba tutupi dengan deretan gigimu yang comel. 


    Aku tahu apa yang bermain dibenakmu. Aku tahu kau sembunyikan sesuatu. Tetapi, untuk bertanyakan itu padamu, aku tak mampu. nanti kau dan aku sama-sama ditenggelami manik jernih.


    Tak apalah Karma, aku hanya mampu merenungmu dari jauh. Aku harap kau tidak akan terus bersenandung dibawah sendu. Kau masih punya aku, dan mereka yang masih lagi menyayangimu. Usah biar kolam matamu basah lagi. Jangan rembeskan mutiara jernih lagi. 


     Ingin sekali aku nyanyikan lagu ini padamu. aku yang menciptanya saat melihat kearahmu. 





LANGIT CERAH BERLATAR MENTARI

AWAN MENDUNG BERLALU PERGI

SEPERTI JUGA HATIMU INI

KADANG KELAM KADANG DISINARI...


PINTAKU OH KEPADAMU

CERIALAH,CERIA SELALU

JANGAN TUTUP LESUNG PIPITMU

JANGAN TUTUP KECOMELANMU....


OH,, 
AKU DISINI MENDENGAR LUAHAN HATI

CERITAKAN SEGALANYA PADAKU KASIH

KU TETAP SETIA BERADA DISAMPINGMU

MENJADI PENGGALAS BAHU UNTUKMU...


LUAHKAN SEGALANYA PADAKU TEMAN

AKU DISINI MENDENGARKAN SUARAMU

AKU KAN SETIA MENEMANI HARIMU

TEMPUHI SEGALANYA BERSAMAKU..



TEMPUHI SEGALANYA BERSAMAKU....



Ku tujukan khas untuk sahabatku,Karma.
semoga berbahagia selalu...









Monday, 31 December 2012

TAHUN BARU, SEMANGAT BARU, AZAM BARU !!!

ASSALAMUALAIKUM...

Saat ini, berlalulah sudah tahun 2012. muncul pulak tahun 2013. maka xdapat nak dinafikan lagi, usiaku menginjak lg setahun. oh,,saya sudah tua nampaknya~

saat ini juga,berdentam-dentum bunyi disana-sini. percikan api yg berwrna-warni menghiasi langit malam. Cantiknyerr!!!!! =')

saat ini juga, aku sdg busy melayan rasa hati yg rawan. rasa syukur krna dpnjgkan usia, rasa teruja dgn tahun baru..tapi xdapat nak nafikan rasa sedih kerana jauh disisi keluargaku.

Walaupon tahun2 dulu mmg aku smbot dpn tv jek,tp at least ade family disisi. tp saat ini,aku bersendirian menonton percikan bunga api tanpa perasaan. sayu! saya rindu family saya. =''(

ah,pedulikan semua tu.

so,ape azam tahun baru??

'' i nak beli Mercedes yg the latest tu. Oh,speechless i jdnya tgk body dy yg sporty tu. tak sabarnya!! "

'' aku nak kurus tahun ni. Harus!!! "

" aku nak simpan duet byk2. kot2 ler jd milionare kan, kelas gituuu!! "

tak kesah lar ape azam tahun baru korang, tapi make sure tertunaila hendaknye ye.jgn hangat-hangat najis itik pulak jdnyer..haha!!

jadi,semoga berbahagia selalu. dan yg paling penting, semoga kita semua mnjadi lebih baik dpd sebelumnya. insyaAllah..

                                                             Happy New Year!! =)



KEMANA TUMPAHNYA KUAH KALAU TAK KE NASI~

********************************************************************************
12 JUN 1977

last 2 days,,aku pergi bersuka ria,mengenal erti hidup yg bebas tanpa sebarang masalah~   aku pergi joging dgn member aku- J, K & L.

aku adalah antara org yg paling bsemangat bile dpt taw dyowg nk pg joging. da lame aku tahan kaki  woo. rindu nak lari tergedik-gedik ala-ala BARBIE VERSI MALAYSIA~ Hewhew..

so,plan A dimulakan.pegi guna shortcut yg abes shortcut lar ney. nk save energy. nak main lari2 kot,, nnti da pnt,nk lari cmne,lari dlm guni??hikhik!

alhamdulillah. selamat tiba ke destinasi. apalagi,,mulalah kitowg lari cm org kene sampuk.

 1 round,steady lg. 1 stengah round,,bukaan lubang hidung da semakin besar.. round kedua, lubang mulut & hidung da lebih kurang sama je besarnya, dgn harapan semua oksigen masok dgn lancar ke dlm bdn..moge2 cerdasla hendaknya otak ney~ =D

dua setengah round.... ''J, jom kita pergi situ nak x??'' aku brtnye dgn penuh dedikasi,dgn harapan dapat mnutup klemahan stamina aku.

J dgn muka merah ala-ala udang bakar laju mengangguk kepala. yes! so easy~ maka,berlalulah kami dari laluan joging sambil melemparkan pandangan penuh hina kat situ. maklumlah,trek ney berjaya mencabar kitorang~

umpama kerbau terlepas ke lumpur,aku & J sgt teruja mncuba sgala peralatan kat situ. oww yeahh!!! kiri,kanan,,depan,,belakang.. goyangkan badan anda..hahahhh!!

tgh aku leka mengayuh bende tu,tetiba mata aku tertancap kepada satu susuk tubuh. mcm aku kenal je jebeng ney. for sure,aku xalihkan sikit pon pndangan dari dy. sekilas bila dy pusing....
.
..zzzaapp!!!! dupp dapp...dupp dapp. fuhhh..tarik nafas Jemah.slowly girl.. rase cam da habis darah aku kne sedut ngn pasir kat situ !

dari muka sampai ke badan,,sama!! sama sgt!! ya Allah,,knapela waktu2 bgini aku jmpe bnde serupa ney. muka da ala2 zombie aku ney. jmpe pulak pelanduk dua serupa.

that guy is exactly the same dgn Abu!! samanyela haii.. aku terkedu..sampai speechless jdnya. aku xmampu nak alihkan mata dari dy. hati pedih,,rase sesak kepala otak,hati,nafas ..dan segala bagainye lar.. kaki tetiba jek jd lembut mcm sotong.

mungkin da lame sgt aku tenung dy,awek dy pon terkedek-kedek dtg. jeleous lettew.!! humphh.. da ade girlfriend rupenya. cantik pulak tu. untungla~

tapi,,masalah skrg ialah,, adakah dy Abu yg aku tunggu selama ney?? jenjengjeng!!
sedih, sayu nth apelg rase pon aku da xtaw nk terjemahkan.. aku mengaku yg aku mmg sgt setia orgnya. there's no one else except him inside my heart.

lame da sy tunggu awk Abu. sampai hati  buat sy begini. . yg sy taw,sy akan tetap tnggu awk wlupon satu hari nnt awk dtg dgn anak isteri awk =(

setiap hari saya.....  .....................

******************************************************************************

bunyi derapan tapak kaki mematikan bacaan Siti. dgn pantas dy meletakkan balik diari coklat milik ibunya didlm laci.

dgn muka suci,dy melangkah keluar dari bilik ibunya seolah-olah tiada apa yg berlaku.

     "Siti, da siap kemas bilik ibu?, tanya Makcik Jemah kpd anaknya.

     "Da mak", jawab Siti penuh santun seraya berlalu.

Sebaik tiba di biliknya, Siti mengeluarkan diari ungunya.

di antare catatannya hari itu adalah:

         '' aku ingatkan hanya aku sorang jek yg mngalami situasi cmni. rupenye mak aku pon    
                      sama. bolehla kongsi ngn mak pasney,"  

                                                  =D

     

PenSiL oH PEnSIL~

                                                             OH MY PENSIL !!!

Tadaaa!!! kali ney nak bercakap tentang something yg mnyentuh pasal emosi sikit. hee. korang pernah rase something tak bile barang yg korang sayang tu tetibe hilang, xdiketahui lokasi, longitud dan juga latitudnye??
pernah?? skrg ney aku nk story mory pasal kehilangan yg baru je aku lalui minggu lepas.Alkisah . .
******************************************************************************************************
hari tu, aku ingat lg hari yg mmbuat perjalanan hidupku penuh berliku. hari permulaan dimana aku merasakan 'lost' , hilang semngat dan segala bagai lagi~

episod penuh duka tu bermula dengan sekumpulan memberku yg tga bertungkus lumus menyiapkan assignment. Assignment yg dyorg dok tertonggek-tonggek buat tu adalah poster En. S . .
aku pulak dgn rela lg berbesar hati menjemput dyorg mnyiapkan poster tu kat bilik aku. maklumlah, xsronok rsanye duduk bersendirian~

entah kat mane, camne dan bgaimana, tangan aku laju mghulurkan pencil box bile sume ahli group tu xde pembaris. wat amal kejap. hehe! so pencil box yg kurus lg kempis tu bertukar tngan.

bile da ralit buat kerja, segalanya nampak sama. ye x? bile da siap poster tu, dyowg pon berkemas nk kembali ke bilik memasing. segala sampah, habuk pemadam, cebisan kertas yg tadi berselerak bagai dilanda taufan, bersih licin ! wah,hebat betol dyorg ney.. bilik aku pon serta merta jd bersih bagaikan baru. hiiihaa~

lepas berbasa basi dan berterima kasih seadanya,dyorg pon berangkat pulang. aku pon merelakan kepulangan dyorg setelah hampir setengah hari bermastautin kat sini. haha!
aku pon bersedia nak menguji minda aku. nota histology yg bersih putih tu seakan-akan melambai kat aku, mintak dibaca. aku pon dgn rase hormatnya mengambil nota dgn penuh sopan.haha!!

proses 'pertarungan' bersama bait-bait ayat nota yg panjang lebar lg bernada satu rona berlangsung dgn dasyatnya. setelah yakin dgn bacaan, seperti biasa aku akan menguji tahap memori aku. lalu, secebis kertas ku capai berserta sebatang pensil.

sedang ralit menulis,aku merasa ketidakselesaan yg amat. 'mcm lain je pensil aku ney'.
bashteng ! sape pulak yg amek pensil gua ney?? ok,gua rasa nak marah. tapi apa bleh buat. bukan ada alarm pon pensil aku tu. kalu tak da senang nak cari dy kat mane. tetiba rasa rugi tak pakaikan alarm utk dy. huuu~ xnak proses pembelajaran yg berharga tu dibazirkan,aku menukar mekanisme menulis dgn pen pulak. mmg rasa aneh bile buat sesuatu yg diluar kebiasaan !

setelah seminggu kehilangan pensil yg xseberapa harganya, aku mula rasa xsemangat, rasa 'lost' mcm org baru lepas putus cinta. mmg putus pon,putus silaturrahim dgn pensil ! =( huahua !! nak pensil lama aku balik!!

sedang busy melayan rasa hati,tetiba aku tergerak hati nak tye kat kumpulan yg buat poster ritu.kot2 la ade tertukar ke. sorang demi sorang kene soal siasat. tapi selama tu jugak la dyorg kate x tertukar pensil pon. siap tunjuk lg pensil dyorg sbg bukti.

ok,aku rasa mcm da xde harapan nk jmpe lg pensil tu. pensil yg sgt bermakna bg aku. susah senang diharungi bersama. bile ade pape,dy yg setia kat sisi aku. walau kene baling sekalipon,xpernah dy buat hal. da boleh masuk muzium da pensil tu. 'sayang, sy mintak maap atas sgle slh silap selama mnjadi tuan awk. smpai sini aje hubungan kite'. sob.. sob.. =(

tetibe.......
ade sorang lg ahli yg aku x tanye. oh yes! harapan terakhir !!! please,
bgla berita gembira.

dgn langkah padu,aku menemui 'M'. setelah diselidik, ternyata 'sayang' aku ada pada dia. Cinabeng! penat aku kehulur kehilir cari. rupenya pada dia. dgn gelojohnya aku menukar balik pensil tu. pandangan sayu yg diadun dgn rasa rindu yg membuak tertumpah pada pensil aku. ohh, rindunyerrr !!!!!!! =D



semestinya aku rase bersemangat semula. rasa mcm baru lps kene cas ! haha ! nota2 yg tersusun kurang rapi ku renung tajam. aku dan pensil saling berpandangan penuh makna.

'ya,mari kita lakukan!! ', jerit pensil memberi semangat kpd aku utk bermanifestasi dgn bait-bait nota.

'terima kasih Ya Allah,kerna mmpertemukan aku dgnnya semula', rintih aku dlm aty.
******************************************************************************************************
                                  



so,itulah ceritanya ! dimana hanya sebatang pensil yg harganya mampu milik oleh semua golongan memberi impak yg besar dlm hidup aku sbg  pelajar. hanya dgn 'kehilangan sebentar' aje barulah aku tahu yg aku sememangnya memerlukan dia dlm hidup aku. =p

                                 TRIMAS PENSIL !! JASAMU DIKENANG ~ =)