Friday, 4 April 2014

Kopi, cinta, merdeka.




Hey awak !
Ye awak sana tu. Yang tu, dan yang ney jugak.


Mari sini. Ada cerita baru.
Kedai kopi dibuka. Tapi cendol, teh ais yang di order.


Kita dah lama merdeka bukan?
Ya. Kalau tanya tugu Negara pon,
Mungkin tak jawab.
Tak engat berapa lama dah merdeka.


Ini bukan bulan Ogos. Kenapa tulis pasal merdeka?
Lihat. Ada lagi yg minda tak merdeka.  *Ehem, maaf *


Setiap kali cuti,
Setiap kali tu jugak ada kenduri.
Memang puaka buat time aku balik.
Mungkin kepulangan aku membawa rahmat *kekelip mata*


Dan setiap kali kenduri, aku balik, makcik pakcik,abg akak sedara, tok sedara, nenek sedara, sepupu sepapat, spare part dan calon suami juga turut pulang.


Setiap kali gini, meja kopi dibuka.
Tapi masih aje teh o yg di order.
Hanya aku yg tekan mesin kopi.
Street srettt..Bi bip..bi bipp.
Tanda kopi cinta stiletto aku dah siap.
Mudah bukan dirumah?
 Tekan, siap.Tekan siap. Haih *Sigh*
Dan persidangan bermula:

‘’Macammana belajar sana?”

“Okay. Everything seems fine”

“Hari SPM lepas tu. Sekolah cik ada 12 straight A’s. India, Cina, Cindian”

‘’Melayu?’’

“Tak ada.*Mengeluh* Budak sekarang dah pandai. Tapi bukan budak melayu”

“Biasa la tu”Hirup kopi cinta.

Berkepul asap nikmat.

“Kalau nak cari budak melayu, cari dekat cyber cafe.” Sambung minum.

“DIorang dah lupa, nikmat ada ney tak kekal lama. Ada naik ada turun. Zaman sekarang bukan zaman duduk, ketuk batu, dapat duit. “

“Zaman sekrang, perlu ketuk batu dengan ilmu, baru ada duit”

“Tapi diorang tak paham strategi zaman moden ney. Taksub duit diorg kata nnt”

“For God’s sake, Islam sendiri melarang umat dia menghampiri kemiskinan,. Miskin salah satu sebab kekufuran”

“Entahla bebudak sekarang. Entah apa ada dalam kepala.”

“Hidup bertunjang nafsu , akal pendek, hati keras. “

AKu habeskan kopi cinta stiletto. Berangkat punggung  ke sinki. Basuh cawan .

‘Belum merdeka jiwanya’-Ini aja penyebab.


Wednesday, 19 March 2014

CEWEK KAFEIN




‘’ woii ! bapak lepat gila kau ada wassap x contact aku’’
‘’ hek elah! Aku malas cite panjang. Ney aku tgh keje ney. Kau taw aku keje ape..harhar! ‘’*ketawa bangga.
‘’keje kerani’’

‘’woii. Natang. Mana taw. Gila pakai bomoh ape siak kau. Sume benda kau tahu”

Kepala ketupat kau. Tu gambo wassap kau tu dah lagi terang bersuluh ala ala kau pegang sepanduk;
‘’Saya kerani disini’’
-___-‘’

‘’baguslah kau keje. Xdelah habes segala beskot beras dlm rumah.’’ Haha!

‘’Ah. Kecoh kau. Ney pehal wassap aku’’

‘’aku Nampak name kau tercongok dalam contact aku. Teros aku halo. Emang tak la kan nak tunggu kau. Calo calo je boleh la. ‘’

‘’Aku taw. Kau ney kalau xmimpi aku semalam, rindu aku. Tu je. Kan?’’

‘’Aku lagi rela mimpi badak air mengawan dgn mentadak dari mimpi kau. ‘’

‘’Kuajo kau. Kau mmg eh, xcari gaduh xboleh”

‘’boleh, kalau kau mengalah, so theres no argument between us. Easy. Kau tu, lagi harem. Sepatah pon xde nak halo aku . ’’

‘’well,aku xrindu kau. Jadi nak buat ape buang tebiat text kau gila .harhar!’’

‘’mulut puaka kau mmg xleh nak repair dah eh? Apa punya longkang mulut kau ney haa. Waha!
 Btw babe. Aku kembali melayan Nescafe lah.
After 2 years since the day u not allowed me to do so. And now,here again. ‘’

‘’Ah, kau ney  penagih tahu. ‘’

‘’Woi, ney kasar. Penagih kepala lepat kau’’

‘’Kalau aku panggil kau peneguk. Mana best? Kau kalau ade depan kepala aku sekarang, dah bercerai badan dah ‘’

‘’ Haha. Ala..acah acah caring pulak kau. ‘’

‘’Why do u  teguk that thing?’’

‘’i cant control it. look, it just like when u wake up in the morning and u take ur toothbrush, hold it and put some toothpaste, and here they go. Faham? Aku xsedar lah. Tak aleh dah ada secawan’’

‘’Plus, aku sakit kepala  xminum’’

‘’See babe. Dah teruk ney. Come on baby. Ribena ada. Milo ada. Why why baby why?’’

‘’The more i avoided, the more pain i gained. Im sorry babe. ‘’

‘’ ini yg buat aku sasau ,dear. Haha! J ‘’

Conversations end.

Saturday, 15 March 2014

MAKWE MALL vs MAKWE BOLA


Asal masuk musim bola,
Org lelaki melompat zumba,
Org perempuan merajuk tahap puaka.

Ini hal pakwe makwe lah.
Org biasa cam aku, solo, milo , soto,
Xde hal punyer walau musim salju sampai. Haha!

Lain pulak nye lah kan cite nye bagi engkorang yg berpasang pasangan ney.
Cik makwe merajuk muncung cam penyodok sampah ,
sbb nnt encik pakwe xde nak teman pi shopping,
encik pakwe balas text pependek,
encik pakwe xde isu berbangkit lain selain memaki team yg buat team dia kalah.

Encik pakwe pulak merajuk muncung cam bangau kebuluran,
Pasal cik makwe xpaham dia,
Tak bagi keluar dgn kawan lepak kedai mamak,
Tak habes cerita pasal sale tu,sale ney,
Tak bg pakai jersi time keluar,
Tak , tak tak lah senang cerita !

Time musim bola, wassap aku penuh dgn encik2 pakwe yg kesedihan gegara cik makwe memasing mula buat perangai ala ala princess .
Haha! Aku perati jelah. Cakap lelebih, member.
Satu aje aku tye,
‘’Engkau pilih dia jd makwe kau pasal ape?’’
‘’Pasal dia cantik, lemah lembut ...”
Stop it !
Situ dah ada jawapan. Lemah lembut.
Weh. Engkau ney kenapa periuk sangat.
Kau pilih dia pasai dia feminin, pakai skirt mengibar ngibar cam bendera nak jatuh,
Jadi terima ajelah kalau dia suka shopping dari teman kau layan bola.
Ish kau ney!

Fall in love doesn’t need a reason,
When u suddenly fall in love,
And u cant even find a reason why did u fall for him/her,
Thats LOVE.
J
Tak semua boleh paham kau tahu,
 macam aku sendiri pon kekadang tak tahu camne boleh sokong CHELSEA.
Tapi satu prinsip aku :
‘’ If one day i may suddenly fall in love with u,
Dont be shock if i really don’t care what u do,
Because, as long u are not my husband,
I don’t have to put yours as mine, and mine as yours. ‘’

Aku takkan ganggu privasi dia.
Engkau bayangkan eh,
Selama ney aku suka tgk Hindustan,
Tak aleh bile ade pakwe dia xbg aku tgk,
Jadi, katakan babaiii lah padanya. Sesuka kau nak halang aku  kan. Ewah..
Hidup sangat simple bro.
Ingat, perempuan suka bola tak semua kasar,
Kau mana tahu tetengah tengok bola tu,
Dia kait baju panas. Haa..

Woman,
When they don’t react like common woman do,
Thats mean, they feel insecure.
Jadi dia akan kekonon acah acah gangster, tabah, kasar,
Biar xde org interested dgn dia.

Kalau kau Berjaya dapat perempuan type gini, engkau adalah lelaki paling lelaki pernah aku jumpa. Dan lelaki paling bertuah. Pasai apa?
Pasai perempuan type gini adalah permpuan yg sgt lembut dan manja. Tak caya, cer try satu .
Kalau dapat, kau tak sangka dia lagi lembut dari agar agar sirap dalam peti sejuk aku tu.
Aku sangat berani JAMIN !

Cukuplah aku membebel. Satu je aku perasan, asal makwe cun sume suka LIVERPOOL?  Hurm. O.o





Wednesday, 12 March 2014



Aku belajar banyak perkara sekarang. 

#1
Buatlah apa yang kita suka. Hidup di dunia dan mati itu hanya sekali. Asal tahu batas agama.

#2
Berkawan, suka, tak harus berakhir dgn bercinta.

#3
Persahabatan lelaki dan perempuan selalu memberi satu perasaan halus yg susah ditafsir.

#4
Perempuan memang kental. Walau lelaki tu buat dia nanges sejuta kali pon, hati tetap permanent dgn dia. 

#5 
Belajar untuk move on. 

Ingat lagi cerita kamen rider aku. 
Aku  suka dia dari form 4.
sampai hari tu. 

Hari setelah 4 tahun aku setia jaga hati,
hari mana aku nanges kerana dia,
Aku sedar, 
ini rugi.
Jadi aku move on. 

4 tahun baru aku boleh utk move on. Bukan senang.

Jadi kesimpulannya, aku dah lega dan FREEEEeee !! hehe!

Sesapa masok minang aku pasney, terima ajelah. dah kita nak tak dapat, redhooo jeklah !

Oh lagi satu. 
Aku rasa sgt neutral sekarang.
Seronok gila weh !

haha!

Perempuan peremuan.. fragile and brittle. 

Aku malas dah. Haha! memanfg sape datang, aku terima aja. Alahai redhonyeer peja ! :) 


Tuesday, 11 March 2014



'' R.A.N.D.O.M ''

Lama gila aku tak update belog ney ..
Sampai nak goblok gak cari idea tak kunjung tiba. Haha!

Entahlah. Dah naik semestar 4 ney,
kadang makan pon aku terlupa .
Apalah dosa nasi sampai dilupakan.. wuwuww T_T''

Ini entry random. 

Siapa kena , dia jadi. 

Sapa makan cili, dia sakit perot. hehe!


#1.
Balek kelas. Penat. Lalu depan bilik kawan, dengar dia membebel sambil sapu.Nak taknak kena buat. nnt kotor.

#2
Balek kelas. Pakwe makwe duduk dating. Makan sama. Buku atas meja.. Back up kalau kena sound.

#3
Balek kelas. Lapar. Atas meja ada paper. Dalam paper ada iklan beger mekdi. Perot bunyi.

#4
Balek kelas. Penat letih seriau. Masuk toilet. penuh. Tarik bantal tido.

#5
Balek kelas, bukak twitter. Home penuh tweet org frust dgn cinta. Tutup. Frust skali sbb kena baca.  


Dunia penuh pancaroba.

Saturday, 8 February 2014

Deep



Hidup.
Hidup ini pilihan.
Apa yang tak best , TINGGALKAN.
Apa yang best, PERTAHANKAN. 

Hidup.
Kalau semua nak senang, SUSAHLAH. 


Hidup.
Kalau asyik nak banding diri dengan org hebat, 
Memang tak pernah rasa puas.
Cuba banding diri dengan org lebih kurang.
Baru tahu erti syukur.

Hidup.
Kalau asyik nak kejar sempurna.
Sampai kubur pon takkan rasa cukup. 

Friday, 24 January 2014

Starting ~


Assalamualaikum.
Halllu halluuu ..  :*

Cer ekau nengok, ekau raso dari tajuk tu, apo eden nak nulihnyer?? 
Cer teke cer teke~ *macam nak tampor je *

Tak tahu? 
AKu pon tak tahu. kihkihkih! :D 
Disebabkan aku tak tahu, aku letak ah ape aku suke, kau hadooo?!

So para peminat fanatikku semua,, *muntah darah*
Ini adalah segmen kita yang pertama ye untuk bulan Januari 2014.
Agak ketinggalan disitu..
Kelihatannya ramai berpusu-pusu, terpusu-pusu, dipusu -pusu mengapdate entry terbaru  blog beliau semua.
Apakan daya, ke'busy'an melanda diri ini.. 

Jadi tanpa menuang  membuang masa lagi, 
mari kita terus ke tajuk utama kita *walhal sebenarnya tiada tujuan entry ini ditulis* 

Saat ini, aku sedang masak bubur setelah berhempas pulas mengemop lantai bilik *hormon kerajinan dirembeskan* 

Rumetku ngak ada. Katanya ke midvalley. Ah, persetankan itu semua. 

Oleh kerana tiada tujuannya, aku akan tulis apa saja yang melintas di laluan otak ini. 

Okay sekarang, yang melintas adalah perihal umur.

Oh! Aku sweet sour bitter twenty sekarang.
Aku terasa muda sentiasa dan selalu beranggapan aku masih sweet 17 kau taw.. hihi!

For sure, when we are in 20, no matter its early or late 20, peoples are now starting to ask :

'' hows ur boyfriend''
''kapan mahu nikahnya?''
''bila nak ada pakwe''

aku rasa nak bagi penampaw dengan penyapu lidi bagi mereka mereka yang ada terdetik disanubari nak bertanyakan soalan maut ini. *bagi mereka yg forever alone lah! kahkahkah!!*

Ada jugak terlintas di kepala hotak ney nak bagi pakej syarahan sentap + pedas  kepada adik adik bawah umur yg melakukan hal hal 18sx----> couple separuh mampus .

Hah, ini satu spesis yang aku takleh blah betol perangainya. Haremm sungguh. Sudahlah hingusan, hingus meleleh lagi, makan nasik pon mak yang masak lagi, nak makan beger pon order kat beger ramli, tang couple ...ambuii makk aiii... ayat kalah A Samad Said ! 

" saya bersyukur sgt kpd Allah krn dipertemukan dengan awak. Semoga hubungan kita ney terpelihara. Walaupon kita jauh, tp sentiasalah jaga hati awk utk saya ..Alhamdulillah ... ''

Eh, elok ekau ney.. Ingat Allah . Alhamdulillah..

Tapi, 

Mu taw dok, hok kito ney nok kecek dge lelaki bukan mahram pon berdoso kalu takdo hal yg penting. mu taw dok tuh??

Mu taw dok , hok kito mesej2 berduo dge lelaki tu, setiap mesej kita tu dikira doso.. aduhh.. punohhhhh!! 

punoh lagu gini ! 

Memey lah Allah bagi perasaan untuk saling berkasih sayang, 
tapi bukan lagu tu.. 

Kalau benar suka tahap unta kat crushmu,
Doakan moga itu jodohmu.. Pehey dok?

Kalau rindu,
Bisa diurus. Gampang neyh..

Saat berdoa, sebut nama si polan itu,katakan rindu padanya. Itu lebih baik dari pergi cakap , I rindu u taw semalam. Semalam jelah, hari ney tak pulak dah ..

Kalau itu benar jodoh, waduh, lagi gampang ney ! Hari ney ketemu, besok nikah. Gampang bukan?

Yang penting, 
Yakin ada Allah. 
Yakin pada rencana Nya.

Kenapa aku tulis?
Moga2 saat diakhirat nanti,
Saat kaki kanan nak melangkah masuk ke syurga *Amin*
Aku tak ditarik semula atas kesalahan tidak menegur para sahabat didunia dulu.

Kalau ekau sume sayang ke mak abah, sayang ke kawan kawan, beruboh lah.. sikit2.. slow slow.. 
Takut takut nanti masa dihisab kita tak sedar kita tunding jari ke mak ayah kita..

*manusia waktu dihisab nnt, akan saling menunding jari walaupun sesama family utk selamatkan diri *

Sebab itu,  tak perlu risau, 
tak perlu jeles,
tak perlu  serabut,
tengok kawan kawan ada yang menjaga dah sekarang.
Sebaliknya,
doakan moga kawan kita terbuka hatinya utk berubah. 

*Kita manusia pon bukan baik, bukan perfect, sebab tu sebaik -baik teguran utk org lain berubah adalah melaui tingkah laku. Tak perlu berceramah 4-5jam . Cukup org tgk kita ikut apa yg betul, dia akan terdetik utk ikut sama, even sikit. Thats why, in Islam,do more, talk less.

yakin pada Dia. 
takut2 nanti tengah syok2 ber'bahagia' tu,
nyawa dicabut.
Tak sempat taubat. Allahuakbar.  :'(

Mana ada manusia dalam dunia tak nak berpasangan ye dok..?
Menipu benar gitu..

Tapi didik hati supaya jangan buat benda yg tak patot dibuat.
untuk buat sesuatu, 
mulakan dengan yang baik, yang suci.

Macam mana neyh kalau belum ape ape lagi dah mula cara salah kan?

Allah Maha Pengampun. Allah Maha Penyayang buddy :) 

Belom lambat lagi .. :)

Waduh, panjang benaran neyh ! Haha! Habes utk segmen  kita pada kali ini.  Moga betemu kembali pada waktu dan hari yang lain. IAllah .. :)