Friday 4 April 2014

Kopi, cinta, merdeka.




Hey awak !
Ye awak sana tu. Yang tu, dan yang ney jugak.


Mari sini. Ada cerita baru.
Kedai kopi dibuka. Tapi cendol, teh ais yang di order.


Kita dah lama merdeka bukan?
Ya. Kalau tanya tugu Negara pon,
Mungkin tak jawab.
Tak engat berapa lama dah merdeka.


Ini bukan bulan Ogos. Kenapa tulis pasal merdeka?
Lihat. Ada lagi yg minda tak merdeka.  *Ehem, maaf *


Setiap kali cuti,
Setiap kali tu jugak ada kenduri.
Memang puaka buat time aku balik.
Mungkin kepulangan aku membawa rahmat *kekelip mata*


Dan setiap kali kenduri, aku balik, makcik pakcik,abg akak sedara, tok sedara, nenek sedara, sepupu sepapat, spare part dan calon suami juga turut pulang.


Setiap kali gini, meja kopi dibuka.
Tapi masih aje teh o yg di order.
Hanya aku yg tekan mesin kopi.
Street srettt..Bi bip..bi bipp.
Tanda kopi cinta stiletto aku dah siap.
Mudah bukan dirumah?
 Tekan, siap.Tekan siap. Haih *Sigh*
Dan persidangan bermula:

‘’Macammana belajar sana?”

“Okay. Everything seems fine”

“Hari SPM lepas tu. Sekolah cik ada 12 straight A’s. India, Cina, Cindian”

‘’Melayu?’’

“Tak ada.*Mengeluh* Budak sekarang dah pandai. Tapi bukan budak melayu”

“Biasa la tu”Hirup kopi cinta.

Berkepul asap nikmat.

“Kalau nak cari budak melayu, cari dekat cyber cafe.” Sambung minum.

“DIorang dah lupa, nikmat ada ney tak kekal lama. Ada naik ada turun. Zaman sekarang bukan zaman duduk, ketuk batu, dapat duit. “

“Zaman sekrang, perlu ketuk batu dengan ilmu, baru ada duit”

“Tapi diorang tak paham strategi zaman moden ney. Taksub duit diorg kata nnt”

“For God’s sake, Islam sendiri melarang umat dia menghampiri kemiskinan,. Miskin salah satu sebab kekufuran”

“Entahla bebudak sekarang. Entah apa ada dalam kepala.”

“Hidup bertunjang nafsu , akal pendek, hati keras. “

AKu habeskan kopi cinta stiletto. Berangkat punggung  ke sinki. Basuh cawan .

‘Belum merdeka jiwanya’-Ini aja penyebab.


No comments:

Post a Comment