Sunday 22 June 2014

Know Your Coffee


Halllu hallluuu..   :*   :*

Suka kopi? Tak suka? Sukalah, sukalahhh *tarik tarik hujung baju*
Sempena kerajinan serta kekonfiusan diri yang melanda tika ini,, ada baiknya kita berpot pett perihal kopi.
Oh lupa ! 

Aku suka kopi. Mana satu ? Mari kita tengok. Ini antara kopi umum kita jumpa.

Kenali Kopi :

1.Kopi Hitam :
Kopi ini dihasilkan secara terus daripada rebusan biji kopi tanpa penambahan rasa. 
Err,yang ney pekat likat pahit mantap rasa dia. Kalau lejen, boleh cuba. Mau tak tidur dua malam. hehew!
Ini rupa dia.



2. Espresso:
Espresso pulak dihasilkan dgn ekstrak biji kopi menggunakan wap panas pada tekanan tinggi. 
Feveret I .. hehew! Inilah rupa espresso tu kengkawan. Mantap!


3. Latte :
Latte adalah gandingan antara espresso dgn tambahan susu. Kadar nisbah kopi dan susu adalah 1: 3 . Jadinya, ini mmg berlomak berkrim serta rasanya yang ringan. Sesuai utk korang yg nak cecuba minum kopi sebab x pahit. Aku kureng sikit dgn latte, sbb xde rasa kopi sgt, tak terangkat minum. Haha! BUt its worth to try guys ! Ney ghupe dia. Tgk warna dia pon pudar je. 


4.Macchiato :

Dihasilkan dengan cara, espresso ditambahkan susu pada kadar nisbah kopi : susu = 4:1. 
Jgn tertukar dgn latte pulak korang. Yg ney kopi lagi byk dari susu. Rasa padu ! Terangkat jugak ney kalau kena! Kau tgk kaler dia, padu tak padu kopi tu. Haha! 


5. Cappucino:
Cappucino ney korang, terbagi kepada dua: Dry cappucino and wet cappucino.
Jadah ape pulak wet dry bagai ney? Haha. 

Dry Cappucino dihasilkan dengan menggunakan krim TANPA susu. Dry cappucino ada banyak buih, kadang kadang separuh cawan buih dia . *hawau,hirup buih je, bkn kopi. haha!*
Banyak tak banyak buih dia kau tengok. 


Wet cappucino pulak kurang buih dan lebih susu, lemak berkrim. Sesuai jugak utk yang baru nak cuba. :)


Ada banyak lagi kopi ney. Yang aku tulis ney antara yang common dan selalu dipesan. Jadinya, lepas ney kalau melepak kat cafe, xpayah lah pening lagi nak order apa. Dah tahu yang mana kan kopi korang? Aku espresso :) Barulah sel sel otak berhubung. :) 

Selamat berkopi semua !

*Btw, kopi meningkatkan keupayaan otak berfikir. Hang nak cerdas x, minumlah kopi. 

Sumber: Berita Harian.





No comments:

Post a Comment