Wednesday 18 June 2014

#Aku MahuTravel- Tips Travelling


Hallu hallu :*  :* 

Lepas dah pung pang pung pang cerita pi sana sini, sekarang aku nak cerita tips kalau kalau korang adalah yang nak pi travel laa ney.. 

Sikit je x banyak.. 
Jadinya, di siang harii rii rii, pak mat jual kopi pii pii ..
dengan hidung yang x berapa nak sroottt srettt dah ney :D,
Jari aku gagah nak menaip, taip dan tertaip ! Haks ! 


Sini, ada serba sikit pengalaman yg aku timba, menimba dan tertimba juga, haha nak aku kongsi. Moga korang dapat travel dengan jaya, suka ria dan riang ria.. 

Tips 1 :
Cari maklumat sampai penuh didada dan jua di smartphone anda. Cari tips, pengalaman orang yg dah pernah pi tempat yg korang nak pi tu. Senang, ada hint sikit dah org kata. :D Yang nak pi hong kong tu, sila lah rajin kan jari anda pi sini---> http://honeykoyuki.blogspot.com/2013/04/tips-travel-ke-hong-kong.html

Tips 2:
Bawa bekal sendiri. *Sila baca sampai habes tips ney* Bekal yang dimaksudkan adalah, roti, tuna, megi, minuman 3 in 1 serta yang berkenaan dan dalam kelompoknya ye, bukan sambal tempoyak, sambal udang, tempoyak ikan patin. haha! Kiranya makanan kering lah. Jimat pon ye jugak. Dah xpayah korang nak pi amek set breakfast hotel yg tak kenyang tu pon. Haa.. 

Tips 3:
Ney ala ala survival lah jugak.Sesuai untuk backpacking traveller. Bawa barang yg betul betul perlu aje. Baju besar, baju kecik :3, serta ubat ubatan ,mcm panadol, minyak angin. Susah kalau nak cari farmasi kat tempat orang kan.. 

Tips 4 :
Book tiket flight, hotel awal awal. Time harga tengah murah tu, korang sambar terus ! Jgn lambat ! 

Tips 5:
Cari hotel yg dekat dengan stesen kereta api, tren. Ini untuk yang pi travel ala ala koboi serta survival jugeklah.. Senang korang nak pi sana sini. Dan jugak sgt berguna bila korang pi travel luar negara. 

Tips 6: 
Andainya korang pi negara yang bahasa ibunda kukuh lagi perkasa like Korea, Jepun France bla bla blaa.. bawaklah kamus digital bersama andai anda tak mahu jadi ayam berak kapur, terkebil kebil. Haha. Aku rekemenkan Samsung S3. Untuk rakam momen indah anda, untuk arah kiblat anda, untuk matawang converter, untuk Google maps bersuara dan ape lagi entah aku tak ingat.  *Samsung kena bagi aku komisyen ney promote :p * Kenapa s3, x iphone? Suka ati aku lah -_-  
 Klik sini utk info: --->
http://harga-samsung-smartphone.blogspot.com/2014/03/samsung-galaxy-s3.html

Tips 7:
Carilah negara yang murah untuk beginner. Macam Bandung, Vietnam. Matawang lebih rendah. Untuk kaki shopping yang xberapa nak utuh poket tu, Bandung i rekemen kan. Kau borong lah ape nak ! haha! tapi, satu benda korang kena egt, kat Bandung, kalau kau tak nak beli, jangan tawar menwar, nnti dibilanginnya goblok! haha! 

Tips 8: 
Bawalah peta bersama anda ! 

Selamat bertravel. Selamat merantau.  Selamat menimba, ditimba serta tertimba pengalaman ! Weehuu.

No comments:

Post a Comment