Wednesday, 18 June 2014

Perjalanan, Travelling, Backpacking, Koboi.



Aku ingin jadi pengembara. 
Merantau serata dunia.

Mencipta memori, yang tak mungkin aku lupa..
*atau mungkin lupa? :p



Jadinya,kena record segala perjalanan supaya boleh refresh andai dah lupa. kihkih.

Dengan hidung sroottt sretttt ney,
aku masih tough nak type,type dan type ditengah malam yg sepi pii pii..pak mat jual topi pii pii..

Pasal apa malam? 
Anak ramai nokss, siang membanting tulang buat kerja rumah, urus rumah, urus anak, urus itu ini...jadi tinggal malam jelah mak ada waktu...kahkah!

Cakap pasal travel, aku sangat, teramat dan amat amat jeles dengan mereka yang dah pi travel dengan jayanya.

Tak kesah la dalam ke luar negara, yg penting kau dah pi travel. 
Jeles jeles ! 

Aku start travel, *xbape nak travel sangat lah kan * pi Langkawi. Time tu aku xegt tahun berapa,.. 2002 ke 2003.

Aku masih dalam hingusan gak ah. Masih ikat rambut tepi kiri kanan macam ekor kuda.

Yg aku ingat pi pantai, pi Makam Mahsuri , pi minum air kelapa.. yang lain aku xbape nak engat. haha! 
Dan menempuh perjalanan ala hitler 18 jam *pasal aku bertolak dari johor. campur tolak berhenti R&R nak terkucil, nak makan, nak beli jajan sume* 

Okay habes cerita Langkawi. 

Awal tahun ritu, aku berserta famili ke Kelantan dan secara tak sengajanya ke Terengganu juga. Haha. 

Asal plan adalah ke Kelantan only. Walaupon aku pasti Terengganu lagi banyak tempat best, tapi aku diamkan pasal kang tak jadi pi, naya aku. :p

Pendekkan cerita, setelah menempuh perjalanan yg aku tak pasti berapa lama, pasal aku tidur je dalam kereta, akhirnya sampai Kelantan. Kitorang pi check in homestay kat Kota Bharu (KB) . TIme tu dah petang. 

Malam baru jadi kupu kupu malam. Pi wakaf che yeh. Melintasi lah KB mall. Tapi x masuk pasal kitorg nak pi tempat lain. 

Wakaf Che Yeh ney best. Kalau engkorang orang KL, dia ney ala ala masjid jamek. cuma waktu malam. Paham paham lah tempat tarikan, payah sikit nak cari parking.  Banyak brang diorg jual, dari head to toe, dan jugak untuk dalaman perut korang jugak. haha. 

Nasihat aku , nak pi sini, master sikit loghat klate . Senang nak berjual beli dan tawar menawar. 

Lepas pi wakaf che yeah, kitorang round round je sekitar bandar. 

Esoknya, pergi Pantai Cahaya Bulan (PCB). Pantai ney katanya antara yg popular selepas Tok Bali. Okay, pasal aku pergi pon dah lepas kol 10, matahari time tu lah dandan nak terik terpacak . Haha. 

Jadinya, aku x menikmati sangat pantai, tpi aku menikmati makanan kat kedai tepi tepi tu. Tang ney, superb best makanan diorg. Seafood banyak choices, harga berpatutan. The best ! 

Lepas tu , termangu mangu. Hahah. Yang ney paling lawak. Tak aleh je bapak aku kate, alang alang dah sampai sini, baik pi Terengganu terus. 

Berdesup pi. Aku sambung tidur. hehe!  Sampai sampai tu , dah nak asar dah.. terus pi Masjid Kristal . Ok fine, yang ney ku terkesima sikit. Cantik ya ampun ! 

Pasal terkesima sangat, boleh tahan merapu jugak gambar yang aku amik sume. 

Kat Tg\G ney, kitorang just round round gitu je, and terus balik KL malam tu jugak pasal tuntutan kerja famili. sob sob.. 

Apepon, gua baru sedar yang kemain gua nak merantau jejauh, tapi negeri sendiri banyak lagi x pi. Hahaha! 

So dalam proses kumpul maklumat, moga gua berjaya. hehe!

p/s: Tips travelling, entry akan datang.:)


Tuesday, 17 June 2014

Look Back



Aku toleh ke belakang.
Cuba imbas masa lampau.

Terkenang. 

Cuma aku xfaham. 
Kenapa aku xsenyum.


Tuesday, 10 June 2014

From my heart





Ada satu saat..
Yang mana,
Kau tengah bahagia. 

Tapi kau menangis.
Tak mampu nak senyum. Tak mampu nak rasa gembira.

Kenapa?

Pasal ada insan lain yang tengah berduka.

Walau dia tak cerita,
Pasal dia antara orang yang kau sayang dalam hidup ney,
Antara orang yang kau nak tengok muka dia hari hari,
Antara orang yang kau nak borak selalu walau dia xlayan pon,

Kau boleh rasa.

Tambah sedihnya, 
dia antara orang paling penting dalam hidup kau dan dia bersedih,
Tapi kau xdapat buat apa apa.

Kau paham x perasaan jadi useless macam ney, Faham?

Pasal kau takut kehadiran kau tambah duka dia, kau pergi,
Perhati dari jauh. 

Kau dengan dia, 
dua dua berduka.

Tapi sebenarnya kau nak diri sama sebelah dia.
Nak cakap, kalau boleh aku amek sedih kau, 
Aku nak, aku sanggup.

Tapi, 
Pasal kau sorang je yang anggap dia penting,
Semuanya tak terluah. Diam. Terbuku.
'Tolonglah anggap aku ney kawan kau'

When your presence is not welcome by them, keep silence is the better way. 

Sebenarnya, kau marah dengan diri kau kan,
Untuk jadi pengecut macam ney,
Untuk jadi batu bila waktu genting gini.

Semuanya serba xkena bila tak terluah. 

For that, Sorry. 




Monday, 26 May 2014

Shhh.. .



Hallu hallu . . :*

Minggu ney minggu ke 3 posting. 

Maknanya ada lagi baki tiga minggu sebelum penyeksaan ney berakhir. Huaa!! :( :( 

Like seriously, posting kali ney sangat menguji mental dan jiwa. Ops! 
Posting sememangnya  hambar sejak azali lagi. Harhar! 

Memasing dah buat perangai sendiri. Lantaklah. Aku pon boleh tahan jugak. hihi. 

Tapi kan,

Hidup ney tak pernah sepi. Dari sunyi, gelak tawa, senda,dan sendawa juga mungkin :3

Semua ada rahsia. Semua ada cerita. Terpulang pada mereka, nak simpan atau keluarkan. 

Semua yang berlaku diluar jangkaan kita.

Entah macam mana boleh ter'turned out' dari landasan. 

Alah, sama cam drama lah. Ter'twist' sikit dah lari jalan cerita,, terus merapu meraban, syok sensorang.
Asal nak buat cerita pasal bawang putih bawang merah, terus melalut keluar oma Berta, ibu peri bagai.. haa. 

Aku syak ada oranngg . . herm ,xde papelah!

 Rahsia. . hehe! 

Kan aku dah kata, hidup tak terjangka. Percayalah. 

Susah nak percaya kan.. Shh ... Kita semua ada rahsia..

Monday, 12 May 2014

Biar Waktu Berbicara




Biarkan aku sendiri.
Biarkan. . .
Mungkin sekarang aku dah separa batu, atau sejuk beku mungkin.

Taklah. Tak.
Bukan pasal kau orang ada salah.
Bukan jugak pasal aku dah benci.

Cuma aku harap,
Beri sikit ruang waktu,
Untuk aku sendiri. Kenali hati .
Untuk aku sayangi diri sendiri lebih dari yang lain.

Jujur,
Aku kejam pada diri sendiri,
Luka aku biarkan,
Pedih aku diamkan,
Tangis aku tahan.

Jujur,
Aku tak seramah kau orang sangka kan.
Tak jugak punya hati seputih suci macam orang lain.
Adab pon jauh menyimpang.
Sopan santun lagi jauh dah terbang.

Tapi demi orang,
Aku ubah.
Mak kata:

‘’Kita tak boleh nak ubah perangai orang macam yang kita nak. Sebab tu, buatlah diri diterima orang lain ‘’


Sebab tu jugak,
Aku belajar. Tahan mental.
Tahan jiwa.
Apa aku tak suka,aku diamkan.
Kalau aku marah, aku pergi, diam bisu.
Aku sedih, aku luah atas buku.


Aku bukan orang yang boleh bercerita pada orang lain. Bukan.
Aku tak macam orang lain. Aku lain.


Aku tak berhasrat untuk tinggalkan apa yang ada sekarang.
Tapi, apa yang ada sekarang ney yg mula tinggalkan aku.
I choose to stay.



Aku masih belajar. Jadi maafkan aku untuk saat ney.
Biar aku kenal diri aku dulu.

Thursday, 8 May 2014

Frozen Heart



'' Only act of true love can thaw a frozen heart ''

Kenapa..

Aku suka sangat phrase ney.. Kenapa?! 
*Pegang perut ,lapar * :p

Its 5.42 am in the morning.. 

And what am i doing here?*in front of the lappy* 

Mungkin patot tido semula.. 

Eh tak tak.. 

Mungkin patot mandi..

Ke buat breakfast? 

Hermm.. susahnya kalau terbangun awal ney ye.. Harharhar! *poyo habes mcm  dy sorang je bangun awal*

Apepon, 
Have blast :)

I'm,

20 for nows. :)

Wednesday, 7 May 2014

Times flew so fast, flew with the soul.




''Times flew so fast, flew with the soul. .
With the heart,
And with all the memories.. ''