Thursday, 26 November 2015

Siapa Suruh





Kerana terlena seketika,
Sekarang berjaga. 
Padan muka.

Ha ha.

Tuesday, 24 November 2015

Sawan

Sawan

Masih kau ingat cerita nasi ayam aku tadi?

Nampaknya, 
nasi ayam hanya tinggal angan.

Kerja hari ini lain dari kebiasaan.
Aku hampir nak sawan,
Sikit lagi nak hilang pedoman. 

Aku tinggal kerja dunia untuk tunai kewajipan,
Waktu itu aku terima satu pesanan,

"Nak tapau makanan?"

Beruntungnya aku punya kawan. 
Kawan macam kau yang ada waktu susah dan senang. 

Oh ya,
Kau belum tuntut duit semalam. Mungkin kau nak halalkan. Hehe.



Monday, 23 November 2015

Makan.



Makan.

Selesai procedure pesakit pertama. 

masih awal dari waktu yg direncana.
sambil menanti pesakit kedua,
aku duduk termenung cuba membunuh masa.

Lima minit terbazir,
aku terpandang gloves yg tersarung. 

Surgical gloves. Size 6. 

Tapi tidak lagi fit seperti dulu, ketika waktu muda remaja.

rongga rongga udara kelihatan.
Seperti orang tak cukup makan.

Aku sedikit risau.
Aku alihkan pandangan,
Sambil dalam hati terfikir nasi ayam.

Aku kan tak boleh kurang makan . Hehe

Istimewa



kau harus tahu,
yang ada dalam dunia ini,
bukan kau sahaja.

Yang mana perasaan terus dijaga,
Yang mana kata kau diturut setia,
Yang mana hanya perlu kau sahaja di mata.

Jangan lupa,

Ada Aku.
Ada Dia.
Ada Mereka. 



Kau perlu tahu
Setiap insan yang hadir pasti ada istimewanya.

Namun,
tak semua perlu kita jadikan cerita hidup,

Mungkin kenal biasa itu sudah cukup.

Tak semua kisah perlu noktah. 







Sunday, 22 November 2015

Bitter



Terkadang,
dalam hidup ini,
yang manis manis jadi impian. 

Tanpa sedar,
telah menaruh harapan. 

Terus terlupa,
dalam manis ada pahitnya. 

Angan, memang indah. 
Realiti, tidak mudah.


Kau perlu ingat itu. 


Kerana harapan manis,
Tersadung sikit kau rasa seperti jatuh gaung,
Terus terpaku tak mampu bangun.


Kita lupa,
Untuk manis,
Perlu lalui yang pahit dulu. 

Bukan ke macam kopi?

Mula kau bancuh, 
likat pekat dan pahit.

Kau tambah susu,
manis lemak berkrim. 

Betul kan? 

'Untuk dapat sesuatu yang manis, 
perlu tempuhi yang pahit dulu ' 


Kau harus kuat. 


Kau harus tabah.

Kau harus jadi kunci kepada hati.
Jangan biar hati menjadi kunci kepada diri.
Kelak binasa memakan diri. 


Aku masih setahun jagung, 
tak punya banyak erti hidup yg harus kau ikut.

Aku masih mentah utk kenal erti kehidupan.

Cuma,
mahu berkongsi pengalaman utk kau ,aku sama sama jadikan teladan.

Sekian.



P/s:
Hobi aku memang menulis. Berkarya satu meditasi. Cuma untuk  berkarya serius seperti A. Samad Said atau Ramlee Awang Murshid, aku tak mampu. Aku kan umpama jagung? Hehe.


πŸ’




Tuesday, 10 November 2015

Kelmarin Kudengar kau ucap kata Cinta


Semalam,
Aku kata I Love U pada kau. 

Hari ini, 
Aku ucap sayang pada dia.

Aku kata, 
Kau kesayangan. 

Dengan dia,
juga kesayangan aku. 

Bukan aku tak tahu, 
hati kau perit. 

Aku tahu,
kau sedih. 

Mungkin aku rasa,
aku tahu siapa paling bermakna. 

Mungkin jugak,
semua sama sahaja dimata aku.

Atau,
ini mungkin memang aku. 

Sayang aku terlalu murah. 




Maafkan aku. 


Saturday, 26 September 2015

Me and my job

Assalamualaikum. 

Hallu hallu 😘


Ambuii bersawang betul page ney.  Maafkan sis, sis busy sikit semenjak forever 21 ney. Haks! 

Alhamdulillah, dah habis diploma, dah habis jugak cuti for almost 2 months kat rumah, dan yg penting, dah habis dah beras semenjak duduk rumah . πŸ˜…


Alhamdulillah, sis dah mula kerja. Engko taw, asik nak tido je keje semenjak dua menjak ney. Mcm penat benor je. Mcm dy sorang je keje.πŸ˜€ *Sis cuma nak qadha tidur je sbb masa study dlu asik xckp tidur uolls, bersangka baik lah kat sis 😌


Hari bekerja sis bermula seawal 5 am, dan kekadang terlajak 5.30 am jgk. Lepas tu cm onggila lah bersiap. Haha. 

Pasal duduk jauh dari PJ, sis kene keluaq awal sikitlah, kang lambat kne potong gaji. πŸ˜”


Masuk dalam lab, xde apa sgt. Cecamtu je. pastu tunggulah kau sample yg kdg xkunjung tiba, kdg kunjungannya diakhir waktu. 😁 


Tapi bezanya, 
dulu time student, sis punctual lain mcm sikit. 
Pukul 5 tu kalau xkeluar lg dari lab , rasa dah lambat sgt lah tu. hahak. Jgn ikut okay perangai cmni. 

Tapi dah keje,
rasa responsibility tu dah lain.
Must finish keje dulu balik dah no 2. 
Lagipun, sis masih single belum berfamili, jadi mmg nak kemana lg tumpahnya fokus kalau tak ke kerja. gituuww😳 


" sejak dah kerja ney aku rasa dah mcm xde life dah " kata kwn sis. 


Nampak zahirnya, cmtu lah. 
Bangun, pi keje, balik, makan , tidur, repeat. Sampailah ajal menjemputmu. 
Takpun sampai pencen. 
Sadis lagi sampai kne buang keje. hoho. 

Tapi pada pandangan sis, πŸ‘€πŸ‘€ 
If we love our job, we enjoy working, that's life. 
Kita seronok dgn apa yg kita buat, tu life. 
kita ikhlas buat keje kita, tu life. 
😊


And me myself, still learning to love my job. 

Sebab selama ney, im so into Hemato (darah) , 
tapi ditakdirkan di tempat lain. 
Tapi mesti ini yg terbaik, 
Cause He is the best planner. 


Kadang kadang 
apa yg kita sangka terbaik utk kita,
boleh jadi sebaliknya. 😊


Masih lg belajar, 
masih dalam process to fix my attitude ,
in progress to be a better person, 
dan semestinya utk menjadi menantu yg terbaik utk makcik.  Eh? πŸ˜€πŸ˜‚


Apapun, 
kehidupan kita panjang. 
Kehidupan kita tak berhenti takat tu je. 

We live, we learn, and we upgrade. 
Sis pinjam ayat ney dari sape ntah , xtaw. Hehe.


last but not least, terima kasih masih setia nak baca entry sis *perasan ya ampun πŸ˜‚


Have a nice day!